Pages

Followers

3.10.11

Lulus

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak update pasal perkembangan En.Sepet, ujian saringan HIV kami dan aku sebagai driver. Okay, hari ni memang aku bangun pagi macam biasa, dengan hasrat hati supaya aku boleh siap sedia untuk ke ujian saringan HIV pra-perkahwinan. Appointment dah dari dua minggu yang lepas aku buat. Untuk aku dan En.Sepet. So, dalam pukul 12.20 tengah hari macam tu En.Sepet sampai. Memula sekali aku offer dia kata takpelah biar aku amik dia dengan kawan aku, then aku drive kereta dia dari umah dia ke klinik yang letaknya lima minit dari umah aku. But, he refuse. So aku kata okay kalo dia dah decide macam tu. Naik-naik kereta, of cos mata aku tengok kaki dia. Bab ni memang touching sebab kaki dia damn besar. Dah pelik semacam aku tengok. So, before ke klinik kesihatan, he took me to Mc Donald. Tapi drive-thru jek sebab dia mane boleh jalan. Kiteorang sampai klinik kesihatan dalam pukul 12.45 tengah hari macam tu.

Sampai je kat klinik kesihatan, aku ni beriya-iya la nak makan sama dengan dia. Sekali dia kata dia takde selera. Tak penah aku tengok dia macam ni. Even dulu pun penah injured tapi taklah sampai tak lalu makan. So secara automatiknya, aku pun terus hilang selera. Sementara tunggu nak kedalam, En. Sepet ckp nak tido. Then aku juz let him sleep for a while dan aku duk belek-belek kaki dia. Asal aku picit jek, aku sendawa, asal aku picit jek, aku sendawa. Angin. Masa dia ngah tido, aku kesian tengok dia. Dan sekali lagi air mata macam hujan turun. Tapi asal aku nampak je dia bukak mata, aku toleh tempat lain, aku lap air mata aku sebab aku tak nak dia tengok aku nangis sebab benda tu akan buat dia makin lemah.

Bila aku tengok jam dah pukul 1.45 petang, aku bgtau En.Sepet, aku nak masuk pergi setel apa yang patut then, aku try dapatkan Wheel Chair untuk dia. Korang tau apa aku rasa time tu? Sedih kot. For the first time aku berjalan dengan dia, dan aku kena tolak wheel chair tu. Seriously, masa tu aku kuatkan hati aku. Bayangkan lagi dua bulan kami nak disatukan dan dugaan macam ni datang. Macam nak gugur jantung aku. Fiance aku tak boleh berjalan. Kaki besar giler belah kiri. Orang kat klinik kesihatan tanya aku "macamana nak kawen nih, dah duk atas wheel chair. Kalau tak sempat baik kaki tu, bersanding atas wheel chair la kan". Dan dengan yakin aku jawab " takde hal bang.. sy sendiri akan tolak tunang sy ke pelamin". Abang tu senyum jek then cakap "Pasni kena hati-hati ". Aku angguk then blah.

So, kitaorang tunggu nombor sama-sama, pergi kaunter ambil darah sama-sama. Aku setelkan En.Sepet dulu. Aku biarkan segala urusan untuk dia setel dulu baru aku pulak pergi dapatkan keputusan. Alhamdulillah, dugaan Allah bagi ni seriously buat kami makin rapat. Makin penuh kasih sayang. Itu yang aku rasa. Satu minit pun aku tak tinggal dia. Kalau tinggal pun sebab aku pergi ambil dan hantar wheel chair. Thanks bebanyak kat semua pegawai Klinik Kesihatan Taman Ehsan yang tolong aku arini. Kakak yang tolong amik darah tadi memang banyak bantu aku dan En.Sepet. Ganjarannya, aku dan En.Sepet invite kakak tu ke majlis kami. Siap amik alamat kakak tu tuk kami poskan kad. Oh, lupa nak bgtau, Alhamdulillah, keputusan menunjukkan kitaorang NON-REACTIVE, bermaksud kitaorang berdua adalah bersih dari virus HIV. Alhamdulillah. Maknanya, kami boleh ke stage yang seterusnya.

Aku sudah... korang bila lagi? hik..hik..

Masa balik dari klinik kesihatan, En.Sepet mintak aku untuk drive. Hahah. Inilah challenge yang paling besar pada aku setakat ni. Nak dijadikan cerita, aku try broke all the wall yang ade selama ni. Aku drive. hahah and surprisely, aku dapat drive dengang baik sampai ke Selayang aku berjalan bawak En. Sepet. hahaha. And aku akan sentiasa mahu jadi driver dia sampai bila-bila setiap kali dia sakit. Seriously, I will.

Aku berjaya pecah tembok ketakutan, korang pun boleh!

Sampai jumpa lagi. Sekian.

P/S: Air mata tak mau berhenti bila mengenangkan kaki En.Sepet. hurmmmm..

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers