Pages

Followers

8.4.11

Apa tanda Si Dia Sayang dan Serius dengan Anda?

Hello Peeps!

Arini Aku dah tak emo dah. Al-maklumlah, aku malsa nak pikir hal yang tak menguntungkan tu lama-lama. Allah tu ada, biarlah Allah yang balas. GUD DECISION IEKA!

Okay, well.. hey! arini aku nak share something yang aku baca bila aku duk balek-belek satu majalah ni (nama majalah tak boleh sebut sbb nak jaga sensitivity.. kang kalau kutuk kang kena saman.. heheh). Okay, masa duk belek2 majalah tu, aku terbacalah satu page yang agak menarik perhatian aku. Dan tajuknya iailah "Apa tanda Si Dia Sayang dan Serius dengan Anda?". hahah. Bila diingat-ingat, macam zaman kanak-kanak la kan. Duk nak baca benda-benda macam ni. Hahah. Tapi, kadang-kadang apa yang dituliskan tu, masuk akal okay. Okay, jom kita tengok ciri-cirinya. Manalah tau ada terkena ngan BF/Tunang korang. heheh. *poyo kau ni ieka*.



1. Cuba uji Si Dia, trylah ajak BF/GF anda jumpa family anda secara spontan, kalau dia setuju tanpa banyak alasan maknanya, dia memang betul-betul sayang anda. 
*stage ni aku dah berjaya, dan untuk pengetahuan korang ayah aku setuju aku kawan dengan dia sebab..... okay akan aku cerit pasal kami nanti di post akan datang*

2. Cuba share apa yang anda rasa pasal kerja ke, pasal apa sahaja yang merunsingkan anda. Kalau Si Dia sayang anda, dia akan bagi kata-kata semangat yang positif kepada anda dan dia akan berusaha mengurangkan kesedihan dan kerunsingan anda.
*So far, sepanjang 8 tahun ni, en.Sepet adalah pendengar setia aku dan tak pernah merungut setiap kali aku luahkan perasaan. Dia akan dengar dan senyum kata.. "Takpelah, jangan sedih k.. ada hikmah apa yang jadi. Insya Allah. Kuatkan hati okay. Tak mau nangis".*

3. Cuba ajak dia lepak dengan kawan-kawan anda dan request nak ikut lepak ngan kawan-kawan dia. Kalau dia relax jek dan tak malu or tak ada ape-ape alasan untuk bawak anda dan join anda lepak dengan kwn-kwn dia atau kwn-kwn anda, mean dia terima anda dan syg anda seadanya.
*selalu jek bwk dia lepak ngan kawan-kawan aku. Macam tu gak dia selalu bawak aku lepak dengan kawan-kawan dia. kami memang tak malu.*

4. Cuba tengok dia berkira tak dengan anda. Tak kiralah dari segi apa pun. Duit ke, masa ke, apa sahaja. If tak, maknanya memang dia nak berkongsi hidup dia dengan anda.
*So far, setakat ni en.Sepet tak kedekut dengan aku. Semua pun kami share. Even kalau dalam poket aku ada RM 1 dan dia ada RM 2, kami akan campurkan dan bagi sama banyak. heheh. Kalau bab mkn pun dia tak berkira ngan aku. Apatah lagi bab yang lain.*

5. Kalau dengan anda sahaja dia pernah ceritakan masalah keluarganya, dan dengan anda sahaja dia akan menangis setiap kali diamenyakiti hati anda dengan teruk. Yes, dia memang cintakan anda.
*Setakat ni, en.Sepet banyak story kat aku pasal family dia dan aku syg mereka semua walaupun aku belum jadi ahli keluarga yang sebenar. Mereka sangat baik dengan aku. Dan aku akan usaha protect mereka mcm en.Sepet juga. My promise. Insya Allah. Kalau bab nangis, hurmmmm setakat ni pernah sekali jek... masa tu memang dia betul-betul buat aku down dan dia menyesal. Tapi, jodoh ditangan TUHAN, his the best ever for me. Insya Allah*

So, hanya 5 inilah yang ada dalam majalah tu Kalau ada update apa-apa pasal isu perhubungan, akan aku update. Anyway, nantikan story CINTA Si SEPET dan Si BECOK dalam post yang seterusnya. hahahah.

Sekian.

P/S: Semoga perhubungan ini akan kekal dan terus mekar dalam hati kami. AMIN.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers