Pages

Followers

2.4.11

2 tahun

Alhamdulillah, 1/4/2011 aritu, genap aku 2 tahun kat company yang aku kije sekarang. Dah sign contract baru dan ada sedikit kenaikkan yang buat aku ras bersyukur sgt sbb bos dan company hargai aku. Thanks pada mereka-mereka yang approve penyambungan aku. Jasa anda semua tak terbalas. Hanya Allah yang mampu membalas.

Well, selama 2 tahun aku di company ni. Banyak sangat benda yang aku belajar. Kiranya, company ni banyak memberi ilmu secara PERCUMA pada aku. Bermula dengan mambuat data filtering. Aku mulanya memang tak tahu guna EXCEL. Seriously.. sangat tak tahu guna EXCEL. Tapi, kwn2 kat opis tak pernah gelakkan aku. Diorang tolong ajarkan. Itulah yang ada dalam company aku. Semangat bantu membantu.

Kemudian, Selepas setahun, aku dapat tawaran sebagai Training Coordinator dan Alhamdulillah smp sekarang aku masih memegang jawatan yang sama, walaupun sekarang ni aku sibuk menjadi Setiusaha Projek untuk projek di Skudai.

Sebagai salah seorang team unit training, kat unit nilah aku timba ilmu yang banyak. Bos aku memang suka bantu kami. Setiap kali meeting dia tak pernah tinggal soalan " Nak belajar tak?"... huhuhu dan dia akan jadi guru kami dihadapan menerangkan cara atau bagaimana nak jalankan sesuatu tugas tu.

Kat sini jugak aku belajar banyak perkara berkaitan IT. Sebelum ni aku tak tahu cari IP Adress, aku  tak tahu godek laptop sendiri. Tapi sekarang adalah kemajuan sikit. heheheh

Kalau sebelum ni aku tak tahu buat documentation, tapi sekarang dh boleh sikit-sikit. Kawan-kawan memang banyak membantu. Thanks to All Encoralian.

So, lepas ni kalau aku nak update resume aku, kira ruangan "Experiences" tu tak lah kosong dah. Alhamdulillah.

P/S: Setiap kali terpikir nak cari company lain, aku rasa syg dan selalu terbayang muka bos aku yang perempuan dan bos aku yang lelaki tu tu. Thanks Kak & Encik for the Oppurtunity. Ieka belajar banyak benda kat sini. Thanks to Kak Rose juga sebab tolong Ieka dengan banyak selama ni. Team Training & UTM jugak. Thanks All. *Hug & Kisses for all of u yang pernah bantu Ieka kat Opis*.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers