Pages

Followers

28.11.10

Rambut dan Produk

Hi Peeps!

Tuk post kali ni aku nak story sikit la pasal rambut. Walaupun aku bukanlah orang yang seswai nak story pasal rambut, tapi aku nak share something ngan korang. Kiranya pengalaman aku la kan. Kalau korang nak tahu last aku ke salon sebelum aku potong and buat treatment rambut adalah 2 tahun lalu. Terukkan perangai? Seriously, rambut aku memang dalam keadaan BAD and BAD condition. selalu aku g salon aku yang diberi nama Le Tanja tu tuk wat Foot Massage jek hehehe... Nak Buat rambut musti time tak ada la... Duit kurang la. hehhehe... So, akibatnya..rambutku menjadi mangsa kecuaian ku.

Untuk pengetahuan korang sebelum ni aku pakai Syampu campur-campur. Sebab asal tengok Iklan syampu tu bagus jek, terus aku beli. Gila bodoh  pandai aku ni kan? So, disebabkan tukar-tukar syampu aku dapat masalah seperti dibawah:

1. Kelemumur
2. Rambut bercabang
3. Rambut kurang vitamin dan Nutrisi
4. Rambut rosak teruk! Kalah orang yang selalu warna rambut tau.
5. Rambut gugur banyak giler macam orang sakit barah

Nasiblah aku ada penasihat sendiri kat salon tu. Dia lah yang tolong buat treatment kasi rambut aku okay walaupun bukan 100% okay lagi.. tapi better than masa rambut aku teruk tu la, tapi 2 minggu sekali aku kena mengabdikan diri kat salon aku tu tuk wat treatment selam 2 bulan. huhuhuh (habislah duit mak senah pasni).
walau apa pun aku nak make sure rambut aku oakay balik pasni dan 3 bulan sekali akanaku g potong supaya hujung rambut sihat selalu. Well, rambutkan mahkota wanita.

Okay, berbalik pada produk yang aku pakai sebelum ni. Last produk aku beli ialah L'oreal. Produk ni memanglah tak seswai ngan aku. Memang rambut aku jadi lembut tapi.... Mak datuk selalu kusut dan semakin hari semakin banyak kelemumur. Aku cukuo risau sebabnya, berbau kot bila aku pakai tudung. Aku sendiri pun tak tahan bahu kulit berminyak. Amaklumlah, bila dah pakai tudung, rambut terperap, so.. udara tak masuk, bila bukak.. tu dia... bau haih! ada mcm mahu pengsan. *stupid me*

So, memandang aku lebih yakin dan percaya pada hairstylist aku si Ate kat Le Tanja tu.. Aku pun telah membeli syampu khas dr salon. Syampu ni memang hanya boleh dibeli disalon. So if korang nak try boleh bgtau aku ek. T aku leh dapatkan syampu tu. Tapi, seriously... harganya korang boleh dapatkan Syampu L'oreal 5 botol kot. Ye.. ye aku tau aku giler! Soulmate pun kata *baby giler*.. Harga Syampu (250ml) dan Conditioner (200ml) adalah RM 93.00... aku ulang RM 93.00 .. Itu belum lagi dengan serum rambut okay! Serum rambut aku adalh RM 40.00 sebotol dan isinya cuma 120ml jek! hahahah Total semua adalah RM 133.00. GILER!!! Bukan aku nak berlagak pakai Produk mahal. Nauzubillah jauh sekali niat begitu. Just nak sahre, kalau ada yang kata aku berlagak, terpulang tapi niat aku just nak share. Demi dapatkan rambut yang sihat aku sanggup kuarkan duit janji rambut aku sihat. Anyway, syampu ni blh guna sehingga 2 bulan sekali. Buihnya banyak, bau pun best!dan Syampu ni di perbuat daripada buah-buahan.

Inilah dia Syampu dan serum yang aku guna skunk 
Syampu Brand:  GoldWell, 
Seum Brand : VPI 
dan ianya adalah Exclusive for Salon.

Walaupun baru first time pakai, aku leh kata aku puas hati sbb, walaupun 2 hari aku tak syampu.. Bau masih kuat dan rambut still lembut dan tak kusut, Serum pulak aku guna hari-hari lepas bangun tidur, which is lepas mandi. Tak melekit dan tak berminyak, tapi rambut rasa best. Bukan aku puji sebab aku dh berabis banyak duit. Tapi this is true, Seswai ngan rambut aku Syampu ni. Aku pun teringin nak rambut cantik macam Hanis Zalikha, walaupun aku bertudung.  Rambut perempuan bertudung lagi kena jaga tau.

Rambut dia sexy dan menawan.
HANIS ZALIKHA 
(i pinjam pict u sebagai contoh ya!)

So, dipendekkan cerita, rambut aku skunk dah okay sikit dan aku pun dah potong layer dan buang mana yang dah rosak, dah wat hair treatment for 1st session, dan ada lagi 2 sesi untu pastikan rambut aku betul-betul sihat. So kita tungu la lagi sebulan apa akan jadi kat rambut aku. Kalau still macam tu gak, mungkin aku patut botakkan dan biar rambut baru tumbuh dengan elok. Tengoklah macamana nanti. Akan aku rujuk pada Ate nanti. Daa...

P/S: lupa bagitau, Le Tanja Salon & Spa terletak di Rahman Putra, Sungai Buloh. Banyak  Service, Dari Rambut, body massage, waxing, Foot massage,  dan banyak lagi. Pakej treatment tuk kawen pun ada. Murah okay. Serious tak tipu. Sangat affordable tuk orang yang tak berapa kaya mcm aku!

5 comments:

shahjiehan said...

..

~IekaZakaria~ said...

hye! thanx for drop by ;)

Anonymous said...

salam..akak sy dah puas cari produk nie.. tp sy ttp xjmpe d salon2.. boleh x sya nk mtk bantuan akak .. sbg org tgh sy.. utk blikan produk nie..

~IekaZakaria~ said...

hai...

nama awak sape ek?? cmni lah.. akak bagi no salon tu, nanti awak call sendiri ya. Bukan apa, mcm tu lebih senangkan ;)

Anonymous said...

salon 2 blh ke buat penjualan luar dari KL?

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers