Pages

Followers

8.9.12

14 week's Pregnancy

Assalamualaikum dan Hello kawan-kawan!

Kali pertama melihat tangan kecil dan kaki kecil yang panjang di skrin buat Ieka dan Apiz rasa sangat teruja. Wah! kamu membesar dalam perut Mama sayang.. Alhamdulillah. Walaupun tahun ni raya tak lah semeriah masa Ieka anak dara dulu (sebab aku sickness teruk), tapi Ieka bersyukur sebab ada husben yang selalu dekat bila Ieka alami alahan. Jaga aku tengah-tengah malam. Thanks Hubby.

Thanks Google!


*Ini adalah nota chenta Ieka Untuk malaikat kecil dalam perut ni

Assalamualaikum Malaikat Kecil Mama dan Papa.....

Empat Sepetember dua ribu dua belas yang lalu, mama dan papa amik peluang nak melihat kamu melalui screen scanner tu. Wah, kamu sudah hampir cukup sifat. Tangan kecil kamu melambai-lambai mama dan papa. Seolah-olah kamu macam faham bahawa mama dan papa sedang melihat kamu melalui screen itu. Owh, malaikat kecil, kamu amatlah ajaib.

Walaupun doktor cakap berat mama tak naik dan doktor pesan suro naikkan berat, mama harap sangat supaya kamu sentiasa sihat dalam perut mama. Semoga kamu terus bernyawa dalam perut ini sehingga dilahirkan ya sayang. Kami sayangkan kamu sangat. Bulan depan mama dan papa tengok kamu lagi ya. Yang mama pasti papa sangat excited bila nampak kamu.

Kamu perlu sihat dan kuat ya sayang. Jumpa kamu lagi nanti sayang. We Luv u Baby HZ.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers