Pages

Followers

29.2.12

Healthy Diet and Weight Lose

Assalamualaikum dan Morning people....

Hari ni aku nak berkongsi dengan korang tentang aktiviti terbaru aku. Okay, bermula semalam, 28 February 2012, aku dah mulakan Healthy Diet dan Weight Lose challenge untuk diri aku sendiri. Kalau korang nak tahu, sejak aku kahwin hampir tiga bulan yang lepas, berat badan aku naik medadak sebanyak 10 kg. Kenaikan yang memberansangkan. So, disebabkan baju seluar yang sudah tidak muat dan badan pun dah takde shape ala-ala Beyonce (perasan lebih nih!), aku pun tekad untuk turunkan berat badan sehingga dapat berat yang ideal.

Aku menggunakan khidmat nasihat dari Kevin Zahri untuk menurunkan berat badan disamping masih lagi boleh makan makanan yang aku suka. Kalau korang nak tahu, dengan e-book 5 minggu turun 5 kg oleh Kevin Zahri, boleh banyak membantu kita yang tak tahu pasal diet harian kita. Dulu, aku selalu pikir kalau diet ni, mesti kena tak makan nasi, asik kena makan sayur jek. Tapi rupanya aku salah. Lepas mentelaah e-book tu (aku siap print okeh!), baru aku paham apa itu diet harian yang sihat. Bukan susah nak turunkan berat badan kalau kita tahu konsepnya. Sebab itu ramai yang berjaya turunkan berat badan dengan bantuan buku oleh Kevin ni.

So, nak dijadikan cerita, aku sekarang (padahal baru hari kedua), lebih peka dengan setiap kalori yang aku ambil dan aktiviti yang aku buat. Bukan apa, aku ada target. eheheheh. So, aku nak share lah dengan korang pasal makanan yang aku amik dan aktiviti yang aku buat pada hari pertama aku mulakan aktiviti aku.

Name: Siti Zulaikha Zakaria
Age: 27
Weight (28/02/2012): 68 Kg
Height: 163 cm
BMR: 1474.3
DCR: 2064.02
Target (31/05/2012): 50 Kg

Day 1

Breakfast : 350 ml of Herbalife Shake (185 Calories), 600ml of Herbalife Tea Mix (0 calories), 1 litre of Plain Water (0 Calories)
Lunch: Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit (700 Calories), 1 litre of Palin Water (0 Calories)
Dinner: 350 ml of Herbalife Shake (185 Calories), 300 ml of Plain Water (0 Calories)
Activity: Lari Setempat 30 minutes (burn 262 calories)

So, secara keseluruhannya, aku cuma amik cuma 834 sahaja. Okaylah for starting. Aku tak berlapar dan aku still makan macam biasa, cuma kurangkan pengambilan kalori jek. Aku plan dua minggu sekali baru aku akan timbang berat badan aku. Itulah cara nak motivate diri aku. Selain tu, aku dah gantung baju lama aku sebagai pemangkin semangat untuk aku kurus semula dan berharap agar aku dapat pakai balik baju tu untuk ke opis.

Jadi kalau korang nak tahu tips-tips terbaik untuk menurunkan berat badan lepas ini, bolehlah rajin-rajin melawat blog aku ni, ataupun yang ini. Okay sok aku update lagi ya. Okay bai!

P/S: Semalam beli stock untuk makanan sihat dengan en.Husband.

1 comment:

Anonymous said...

Hi..good luck..im trying to loose weight myself..already in 4th month..loose 5kg already..but its only halfway..we do it together!
my blog : thefatmeinside.blog.com

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers