Pages

Followers

26.11.11

Facial

Assalamualaikum.

Malam ni aku nak bercerita pasal facial yang dilakukan dirumah. Okeh, bukannya susah pun actually nak buat facial sendiri. Cuma kita perlu ada barang-barang yang diperlukan. Yelah, kalau nak wat facial tapi takde kelengkapan pun tak gunakan. Anyway, aku bukanlah beautician yang kerap kali buat facial kat muka orang lain atau customer. Aku buat kat muka sendiri. So, jom kita sama-sama share apa dan cara macamana aku buat facial kat muka sendiri supaya aku punya muka ni tak tumbuh jerawat (tapi kalau masa period tu, memang tak boleh elak sebab kitaran hormon okeh).


Memula sekali, sebelum aku lakukan apa-apa, aku mesti pastikan aku mencuci muka aku sebersih-bersihnya dengan pencuci muka. Tak kisahlah korang pakai apa sahaja jenama yang korang suka. Tapi macam aku, aku memilih product Mary Kay, sebab aku memang selesa dengan product ni. Lagipun memang berkesan kat muka aku. So, masa cuci muka tu, ada caranya tau. Bukan boleh main boh je ikut suka hati. No..no.. no... Nak tahu caranya.. Macam ni, kalau korang nak tahu, muka kita ni ada liang-liang roma untuk bernafas. Jadi, bila kita tepek make up, ruang tu makin mengecil, jadi kalau tak cuci dan bersihkan betul-betul, pencuci tu takkan masuk kedalm ruang roma dengan betul, sekaligus takkan ade effect apa-apa pun pada kulit kita, walaupun berpuluh-puluh kali kita cuci. Cara cuci muka yang betul senang jek. Mula-mula, basahkan muka korang dengan sedikit air. Kemudian, ambil sedikit pencuci muka, dan buat lima titik pada titik fokus dimuka (dahi, dagu,pipi kanan, pipi kiri dan hidung). Selepas itu, korang mulakan cuci mula dari bawah dan naik keatas, urutkan secara membulat okeh. Urut dalam dua minit macam tu. Beri penekanan padah bahagian T muka, iaitu, dahi dan hidung. Lepas tu bilas sampai bersih. Korang akan rasa lebih segar dan kulit pun lebih bersih dari biasa.

So, lepas dah cuci bersih, bersih. Korang boleh pakai masker pulak. Okeh, tak kisahlah masker jenis apekan. Macam aku, aku pakai jenama Mary Kay untuk membersihkan kotoran muka dan bintik-bintik hitam yang kecil dan satu lagi masker aku pakai jenama Cosway. Khas untuk membuang bintik-bintik hitam yang besar dan dalam dimuka.  Untuk masker yang pertama, aku cuma pakai dalam 10 minit jek. Kemudian aku cuci. Yang bestnya masker dari Mary Kay ni adalah dua dalam satu. Kalau korang nak tahu, masker ni juga boleh dijadikan scrub. Ahahaha bestkan?. Anyway, lepas dh cuci masker yang pertama, aku apply masker yang kedua. Yang ni kena pakai lama sikit dalam 30 minit, sebab masker ni jenis krim yang bergam. Kena kering betul-betul baru boleh kopek ataupun cabut. Kalau tak mau tersiat kulit. eheheh.

So, lepas dah pulun masker dah kopek atau cabut dr muka, aku akan wapkan muka aku kat air panas dalama masa 10 minit. Sebab nak bagi liang-liang bintik-bintik hitam dan putih tu terbuak, sepaya senang aku nak tarik keluar. ehehehe, so mane yang jerawat ke ape ke, lagi senang nak dihapuskan.

Kemudian, lepas selesai aktiviti tu, aku pun apa lagi, cuci muka dengan air bersih-bersih, dan tidur. eheheh biasa aku wat facial ni memalam okeh. Keesokkan paginya, aku akan pastikan aku cuci bersih-bersih then, pakai refresher, krim pelembab, serum pengecilan jeragat than serum pemutih, sebelum aku apply make up kat muka aku. So, aku rasa, korang lebih arifkan? ni cuma contoh je aku buat facial dirumah. So, selamat mencuba. Sekian.

P/S: Next aku nak cerita pasal foot massage pulak.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers