Assalamualaikum.
Pepagi ni aku semangat bangun sebab nak update pasal KTM ni. Sepanjang 2 tahun aku menggunakan KTM ni, pada aku takde sedikit pun perubahan pada service KTM ni. Makin teruk adalah. Orang kat kaunter toksah ceritalah, memang muka masing-masing semua mintak penampar. Dah pulak datang lambat. Orang dah berderet panajng, baru terkedek-kedek nak bukak pintu, belum kaunter okay!
Ceritanya, semalam memang aku marah gila kot. Mana taknya, dah la pepagi aku bangun awal (pukul 5 pagi okay!) dengan mood yang boleh tahan okaylah (Isnin kan.. so cm take time la nak okay). Sekali, dekat sejam lebih tercangak tunggu tren. Weh, agak-agaklah ko ingat ape? nak g jalan-jalan makan angin ke hape??? Time-time peak hour la ko nak bantai batalkan tren dan yang tren satu lagi ko kasi delay. Tengkorak ayam tul. So, after tren dah sampai, macam biasalah kan? orang duk bergaduh, berebut sebab masing-masing dah lambat. Yang aku hangin satu lagi dengan yang bukan warganegara tu yang datang cara haram tu, bukan main bising mulutnya bila tak dapat naik.
Derr...... lu jerit-jerit pun, kalau tren dah penuh, penuh gak derr.. Dari lu duk gado memekak depan pintu tren smp tak leh tutup.. apa kata lu kasi sabar sikit untuk next tren.. tak de beza pun derr.. tren yang awal ngan yang akan dtg... kalo lu punch card, tetap merah derr.... paham??
So, aku sampai opis agak lambat semalam. Biasa kul 7.30 pagi aku dah ada kat opis, tapi pagi semalam dekat kul 8 lebih baru sampai opis. Nasib opis aku ni fleksibel. Takde punch card kan.So, aku lalui semalam dengan best kat opis. Nak tahu asal?? sebab TEKUN NASIONAL belakang opis aku wat open house besar punya. Diorang jamu orang ramai dengan makanan yang sedap-sedap. Ade ayam grilled, ade satay (satay memanglah sedap), ada kambing pusing, ada cendol, ada bihun sup, ade nasi tomato tak silap aku. Ada macam-macamlah. Memang kenyang. Thanks TEKUN, tahun depan kalo wat, jemputlah kami lagi. heheh.
So, sebelah petang masa aku nak balik, aku kuar opis pukul 5.30 petang sebab aku plan nk sampai umah awal. Sekali tup..tup... tren dibatalkan. Tren seterusnya masih di Batang Benar (WTF la!!). Korang tahu Batang Benar kat mana?? Tu dekat ngan Nilai tu ha!!!.... Giler betul KTM ni. dekat sejam lebih tunggu. Pastu bila dapat naik aku ingat satu kenikmatan la kan, rupa-rupanya tak!!!..... takde air-cond bhai... macam nak mati aku dalam tu. Bau orang kiri kanan toksah cterlah.. including me.. dah peluh mcm mandi, kalo ko tak berbau.. penipu besarlah tu kan. Hai la KTM, korang memang nak bunuh orang secara beramai-ramai dalam tren ke. Gila betul.
So aku harap kalo sesape saja wakil dari KTM ni baca post aku kali ni, aku harap sangatlah, korang tolong kasi improved korang punya service. Aku nasihatkan, time-time peak hour, korang tak yah le benarkan tren hangkot barang ke, simen ke, tren nak balik kampung ke lalu ya. Bagi lalu dulu orang yang nak balik kije ni. Kesiankanlah ibu-ibu yang nak balik awal yang duk jauh-jauh tu. Balik kang nak kena setelkan umah tangga pulak. Bhai, penat bhai duk dlm tren takde air-cond.. Macam sauna. Gua bagi lu cuba tengok, lu rasa macamana.
Korang tak kesian ke tengok orang-orang tua yang kena berdiri, ibu mengandung duk kena himpit akibat kelewatan korang. Pikirlah bhai. Bukan orang naik free. Bebayar. Hari-hari dapat duit ratus-ratus ribu, takkan air-cond pun tak leh kasi repair. Takkan masa pun korang tak boleh nak kasi on time. Kasi kesianlah kat penumpang.
So, aku harap sangat KTM ni ada improvement. Jangan pandai cakap kosong jek. So, LU PIKIRLAH SENDIRI.
Sekian.
No comments:
Post a Comment