Pages

Followers

20.12.12

Simple Celebration with Huge Love!

Assalamualaikum and Hi Korang....

Arini Ieka nak cerita pasal our 1st Anniversary celebration. Tapi this is not the real celebration tau. ahahahha aci tak macam tu? this is only, celebration olok-olok la for us. Our real celebration nanti akan diadakan pada end of this month. Why like that... because both of us plan nak pergi bercuti ala-ala second honeymoon. Only for two of us. Nak jalan pimpin-pimpin tangan dengan sangat mesra. Bukanlah maksudnya sekarang tak pimpin tangan, tapi well mungkin korang yang dah kawen tahu kot perasaan bile hanya kite dan husband je ada kat situ. Spend time with each other, chatting, laughing pastu mengimbau kenangan silam. wakakakakakak. Okeh itu dah sangat mengarut.

Anyway, back to the real story, Isnin lepas, after Apiz amik Ieka dari opis, kami pun singgah la makan kek dekat Secret Recipe sebagai tanda small celebration la. Owh, lupe lak our anniversary actually jatuh pada 17 Disember 2012 yang lepas. First time uollsss celebrate anniversary jadi feelingnya lain sikit la kan. Then, nak dijadikan cerita, kiteorang beli la dua potong kek coklat, sebab Apiz dah tiga empat hari asik sebut nak makan kek coklat. Oleh itu, saya sebagai isteri menurut perintah. ehehehheheh.

Then lepas makan, kiteorang jalan-jalan masuk kedai itu, masuk kedai ini. Then, Ieka perasan yang Apiz sangat leka bila membelek dengan teliti jam ni. Yang buat dia tertarik sebab jam tu touch screen. Seriously, ioollsss tak tipu korang. Harganya, not bad jugaklah. Tapi, tak salahkan kalau untuk yang tersayang setahun sekali. Sekurang-kurangnya, dia tau yang kita menghargai dia. Tak gitu uoollss.

So, nak tahu adakah Ieka berjaya belikan Apiz jam tu. Nanti Ieka story morry lagi okeh. Daaaa...

P/S: Adil tak kalau nak minta Samsung Note sebagai hadiah anniversary? Ngeeeeee....

15.12.12

Checklist Barangan Baby!

Assalamualaikum dan Hi......

Hari ni mari kita cerita-cerita pasal checklist banrangan baby. Almaklumlah, baby HZ ni, lagi dua bulan lebih jek nak keluar. Ieka ngan Apiz memang belum prepare ape-ape barang lagi pun untuk dia. Tapi takpe, Insya Allah, hujung Disember ni kami akan bershopping sakan! Yippies... of cox la mama yang paling happykan. Lagi-lagi bile doktor dah sahihkan gender my baby ni. Boy or Girl? eheheheh Rahsia! Bwueeeekkkk! Ekslusif okeh! Nanti Baby HZ dah kuar ioolllssss bagitau okeh!

Actually, Ieka pun terpinga-pingan nak beli apa untuk baby. Almaklumlah this is my first time preggykan. So, macam lost sikit. Tapi, Alhamdulillah sebab Ieka ada ibu and ayah yang selalu bagi guideline masa preggy ni. Walaupun diorang tak tunjuk yang diorang excited nak dapat cucu yang pertama, tapi Ieka tau, jauh kat dalam hati tu, memacam plan d diorang buat okeh! My Ibu and Ayah tu, sangat unpredictable but I love them so much! So, back to the list, Ieka dapat list ni pun lepas googling dan blogwalking dekat banyak blog gak. Tapi Ieka tertarik dengan satu blog ni. Blog milik my senior mase sekolah menengah dulu.Nak tahu blog ape? taaadaaaaaa.......  Blog Pn. Amy . So, korang boleh amik jugak guideline dari situ. Thank u so much Kak Amy for the tips yang ada pada ur blog! Ieka pinjam checklistnya ya!

So, jom kite tengok-tengok checklist tersebut. Please scroll sikit kebawah. ehehehhe


Checklist for baby & mommy 
Clothes :
Long sleeve
short sleeve
sleeveless rompers
Sleepsuits
Mittens & Booties
Receiving Blankets
Barut
Baby laundry detergent

Feeding :
Breast pump
Feeding bottles
Storage bottles
Strelizzer
Bottle /Food Warmer Bib
Bottle drying rack
Pacifier

Bottle Cleanser Bathing/Baby Care :
Bath tub
Baby shampoo /baby bath
Baby lotion /oil
Cotton buds
Cotton balls
Towels
Changing Mat
Baby wipes
Brush & Comb
Baby nail clipper
Thermometer
Disposable diaper
Minyak Yuyi

Beddings :
Baby cot
Mattress
Blankets
Mosquito net for cot

Travel :
Stroller
Car Seat
Baby Sling
Diaper bag + travel changing mat

For mommy:
Disposable/ washable breast pads
breast pads
Nursing bras
Maternity pads
Warm socks
Nursing tops
Disposable panties


Ini cuma guideline yang Kak Amy bagi dalam blognya. If korang nak ikut boleh, tak  nak pun takpe. Tapi seriously, its help la untuk mommy to be yang memang lost tak tau mana nak start dulu macam Ieka ni. Ada checklist ni, senang sikitlah kan. Its depends on ur budget dan juga keinginan. Bukan wajib iku semuanya pun. Takmo ikut pun takpe. eheheh iooollsss tak marah pun.

Anyway, itu jek nak share arini. Sekarang nak pergi kejut Apiz bangun tido. Almaklumlah cuti-cuti macam ni, enchik suami sy ni suke tido. Jadi mari kite kejut dia sebab sy nak balik kepong. Nak sambung gossiping dengan ibu. Semalam gossiping thru handphone tak syok sangat sebab telinga panas cakap lelame. eheheh. Okay selamat membaca guys! Peace!

P/S: Luse our 1st anniversary, Nak tahu apa sy beli tuk enchik suami?? tungggguuu nanti iolllsss update okeh. Luv u guys!

12.12.12

Mess People..?? owh! Pelish!

Bismillahirahmanirrahim......
Assalamualaikum dan Hi korang....

Korang pernah dengar tak ayat ini 

"You can never win an argument with a negative person. They only hear what suits them and listen only to respond.."

atau mungkin yang ini 

"You could do no wrong and people are going to judge you anyway, there's always someone out there who has something negative to say"

or maybe this one 

"No makeup in this world can cover up an ugly heart."

Pernahkan? So, ayat-ayat ni Ieka nak tujukan pada sesiapa sahaja yang suke nau cari masalah dengan orang lain walaupun orang tu sekelumit bakteria pun takde ganggu hidup kau. Orang tu punyalah duk diam-diam, jalani kehidupan sebagai seorang isteri, anak dan bakal mommy to be elok-elok, tapi kau sesedap rasa je nak membuat tuduhan tanpa usul periksa dan kaji selidik kat orang tu. Adakah anda tahu bahawa besar dosanya bila kita membuat tuduhan atau memfitnah seseorang itu? Tak tau ek, la ni aku nak habaq mai kat hang.

Okay sebenarnya, Ieka agak marah dengan sorang hamba Allah ni. Ieka takkan melenting kalau orang tanya baik-baik secara personal pada Ieka tanpa memalukan Ieka secara terang-terangan di muka buku tu. Kan lebih manis kalau dihantarkan private massage atau dalam bahasa melayunya pesanan peribadi kepada empunya diri tanpa dibaca oleh kawan-kawan yang takde kena mengena dengan isu tersebut? itu kan lebih manis macam semanis kurma uollls.

For me, ada beberapa sebab kadang-kadang kita tak terima reply sms or wassup ke or any comment from FB dari orang tersebut. Contohnya sms. Maybe kite rase kite sms die dan dah dapat delivered report pun. Tapi, sure ke orang tu dapat. Sometimes memanglah kite rase orang tu dah received, itu yang kite rase.... tapi hakikatnya takde pun sms yang kite hantar tu sampai kat orang tersebut. So, janganlah nak tuduh-tuduh orang tu sengaja tak mahu reply sms kita. Be positive! Jangan secara tiba-tiba kita nak assume orang tu sengaja takmo reply sebab tak suke kite. Tak baik okeh! Tuhan marah tuduh-tuduh orang macam tu.

Kedua, mungkin kita ada hantar wassup message pada orang tu dan kita yakin orang tu terima. Tapi tahu ke kita sama ada orang tu masih guna lagi wassup application tu atau tidak. Ieka ramai jek kawan-kawan yang ada dalam contact list wassup tu dan banyak kali terkena takde reply bila Ieka anta wassup. Bila di selidik, rupanya orang tersebut dah uninstall wassup tersebut, tetapi dalam contact list kita masih ada sebab dia penah registerkan nombor Hand phone dengan application tersebut. So, yang kita hantar tu sia-sia jek, sebab memanglah message tu takkan sampai. Jadi, jangan le nak tuduh-tuduh. Jangan pandai-pandai cakap orang tak suke, then kite dengan bodohnya bom orang tak pasal-pasal tanpa tanya, haaaaa.... kan dah makan diri sendiri kalau kite tersalah bom. Dah dua kesilapan kita buat pada orang yang sama. Balasannya nanti sendiri tanggung.

Ketiga, bila orang tu explain atau husband orang tu explain sebab musababnya nape orang tu tak reply or so what ever, cuba terima dengan pikiran yang positif. Jangan nak sikit-sikit pikir negatif dan tak mau menerima reason orang tu. Hello cik kak! hidup dalam dunia ni, kenalah toleransi. Jangan pikir diri tu jek. Orang lain pun ada masalah. So, jangan nak pikir orang je salah. Tengok diri sendiri tu dulu baru la nak cakap orang lain macam-macam. Orang tak cari pasal dengan awak, jangan la awak nak tunjuk awak lebih betul. Tak kisahlah awak tu lagi tua ke, ape ke.. tapi ingat-ingat sikit. 

Keempat, sekarang ni zaman teknologikan. Kita boleh hubungi orang tuk tanya khabar dengan macam-macam cara. Email boleh, call terus boleh atau kalau susah sangat, call je laki orang tu. Ape susah. Kalau ada nombor suami orang tu atau isteri orang tu, call je tanya napelah sipolan tu tak reply sms ke, wassup ke. Entah orang tu sakit ke, dia takde nombor kite ke, hand phone die hilang kite... kite tahu ke... jadi bertanyalah.... Kan lagi bagus... dari kite tak pasal marah-marah orang tu tunjuk hebat kat muka buku orang tu. Tak baik la macam tu. Elok-elok orang tu nak layan kite, ni dah malukan dia kat satu dunia, kite expect untuk orang tu pujuk kite. Memang tak lah!

Kelima, sikap hormat menghormati tu penting. Perlu ada ye cik kak cik kak sekian. Tak kisahlah kite lagi tua ke, die lagi tua ke, yang penting kite hormat privacy orang tu. Kenapa orang create muka buku tu? dan tentu-tentu nak share something gud kan.. bukan nak timbulkan isu yang bole mengaibkan orang. Arini kite buat orang, esok luse kite tak tau nasib kite. So, sama-sama kite beringat.

Okaylah, Ieka pun malas nak pikirkan hal ni dah sebab orang tu pun makin kite explain dan bagi reason yang sebenar, makin worse jadinya. So, kami suami isteri dah malas nak layan. Lantak pi kat hang la nak pikiaq apa pun. Apiz pun dah cakap die malas nak layan sebab die kate takde paedahnya. Tak penah-penah nak tanya ape-ape, tetibe nak serang-serang macam tu, macam agak tak logik la. So, Apiz cakap daripada pikir sakit hati melayan orang yang cuba nak psiko kite supaya sama psiko macam die, baiklah kite ingat selalu yang kite hidup ni bukan sorang-sorang. Sebelum buat ape-ape, pikir dulu jangan nak main bom jek. Suami sy mungkin nampak macam tak ambik port sangat. Tapi AWAS! air yang tenang jangan disangka takde buaya. Sekali jek orang tuduh bukan-bukan. Hilang sabarnya karang, menyesal orang tu nanti dengan ayat yang disemburkan balik.

Owh, lupe lak. Ieka ada sedikit luahan kat sini. Ieka sangat percaya dengan orang ni. Tapi, Ieka tak sangka pulak orang ni boleh tipu Ieka selama ni. Masa raya pun tipu Ieka. Dahsyat. Tapi Ieka diam sebab Ieka nak tengok sampai bile die nak tipu Ieka. Hakikatnya, sampai sekarang masih menipu Ieka walaupun Ieka dah tau hal sebenar. Untuk orang itu, Ieka lebih suke orang terus terang. Banyak benda kamu tipu sy. Dari hal kerja, kereta, rumah sewa, lesen kereta dan banyak lagi. I just keep my mouth shut because I still wait to hear it from you. Pengakuan ikhlas kamu. But its okay, everybody has their own reason why they keep lying. Itu antara kamu dengan Allah. Semoga kamu akan dapat kekuatan untuk terangkan pada sy. Owh, jangan risau sy tak membenci kamu, cuma terkilan kenapa harus kamu tipu sy sedangkan sy melayan kamu dengan baik sebelum ini. 

P/S: Jangan dicabar ibu mengandung, semangatnya lebih kuat dari badang!.

11.12.12

Baby Songsang?? No.. No... No!



Assalamualaikum dan Hi....


Hari ni, Ieka nak share sikit satu info pasal pregnancy. Pasal baby songsang. Basically, byk faktor menyumbang kepada baby songsang ni. Ini bukan songsang jantina okeh! Ini kedudukan baby songsang dalam perut ibu hamil. So, masa google pnya google, ieka jumpa satu artikel ni. Rasanya banyak info yang korang boleh dapat daripada blog ni. Blog Dr. Hamid Arshat. Menurut yang Ieka baca dalam blog ni, Dr. Hamid ni adalah Doktor Sakit Puan. So, memang seswai la kalo nak dapat info pasal pregnancy kan. Lagi pun byk info lain yg korang boleh dapat daripada blog doktor ni. 

Anyway, kenapa Ieka nak sangat share pasal infomation baby songsang ni. Salah satu sebabnya, masa scan tu, doktor ckp, baby Ieka songsang. Supposed dah baby sepatutnya kepalanya dibawah, kaki diatas, tapi my baby HZ ni, syok benau duk belah atas perut mama ni. Kepalanya kat atas, kakinya kat bawah. So, my personal gynecologist said, kena rajin2 pujuk baby supaya dia turn down untuk memudahkan proses bersalin nanti. Ieka and Apiz pun apa lagi, hari-hari le memujuk si kecik ni untuk turn down. ehehehhehehe... tak mo bersalin ceaser.... nanti susah nak berpantang. I nak kurus u olls! Selain tu, doktor kate rajin-rajin bersujud antara kaedah yang sering orang buat bile babynya songsang peringkat awal. But, if tak menjadi jugak, that means, i have no choice daripada keluarkan baby ni melalui tingkap. Aiyoooooo... So, baby HZ please... please.. help ur mom okeh!

Anyway, jom kite share sikit pasal baby songsang ni dan punca-puncanya. Selamat berkongsi ilmu.


KEDUDUKAN JANIN SONGSANG
Salah satu tujuan penting pemeriksaan ibu mengandung ialah untuk mengesan kedudukan janin. Walaupun lebih kurang 95% janin dalam kandungan dalam kedudukan normal iaitu kepala di bahagian bawah menghala ke arah rongga punggung ibu, namun lebih kurang lima peratus boleh mengalami kedudukan tidak normal. Daripada jumlah ini, lebih kurang 3% dalam keadaan songsang atau breech iaitu punggung bayi terletak di bahagian bawah menghala rongga punggung ibu, manakala kepalanya di bahagian atas. Janin juga boleh melintang atau tranverse atau kedudukannya dalam keadaan setengah songsang atau oblique lie.


Gambar dari Dato' Google.


Semua jenis kedudukan yang luar biasa mungkin menandakan sesuatu masalah sama ada pada ibu atau pada bayi. Janin dalam kedudukan luar biasa ini akan mengalami risiko lebih tinggi berbanding dengan janin dalam kedudukan normal. Begitu juga dengan kadar kematian bayi adalah lebih tinggi di kalangan janin songsang. Untuk mengatasinya, adalah sangat penting kedudukan janin dikesan serta disahkan normal ataupun tidak sebelum ibu melahirkan anaknya. Punca kedudukan luar biasa juga penting diketahui kerana ini mungkin disebabkan oleh sesuatu penyakit. Untuk mengatasi sebarang masalah kecederaan atau kematian sama ada bayi atau ibunya, janin songsang ini perlu dilahirkan secara pembedahan sesarean kerana ini lebih baik dan lebih selamat.

BILA IANYA DIKESAN?
Biasanya doktor masih belum boleh mengesan kedudukan janin pada peringkat awal kehamilan kerana ia masih berpusing-pusing dalam karung air dalam rahim ibu. Biasanya kedudukan janin mula dapat dikesan pada peringkat tujuh bulan dan apabila masuk ke peringkat lapan bulan kedudukannya mulai stabil.Adalah penting menentukan kedudukan sebenar janin pada peringkat ini sama ada kepalanya di bahagian bawah atau atas atau kedudukannya melintang.

Kakitangan perubatan yang terlatih khususnya doktor pakar perbidanan atau doktor perubatan serta bidan terlatih boleh mengesan masalah kedudukan janin di peringkat tujuh hingga lapan bulan. Kadangkala timbul juga masalah dalam memastikan kedudukan janin dengan hanya merasa perut dengan tangan. Kesukaran ini mungkin disebabkan oleh wanita tersebut terlalu gemuk, khususnya pada bahagian perut atau ibu yang mengalami masalah terlalu banyak air dalam kandungan. Masalah ini digelar hydramnios dan ini mungkin dikaitkan dengan kehamilan kembar ataupun kecacatan bayi. Kadangkala kepala janin telah masuk ke dalam rongga punggung dan ini juga akan menimbulkan kesukaran untuk merasai di mana terletaknya kepala bayi.

Menentukan kedudukan janin banyak bergantung kepada kemahiran dan pengalaman kakitangan perubatan atau bidan yang memeriksa. Walaupun demikian, adakalanya orang yang mahir dan berpengalaman pun masih membuat kesilapan dan tidak dapat mengesan kedudukan janin yang sebenar. Jika timbul sesuatu keraguan mengenai kedudukannya, lebih baik menggunakan cara lain.

Kini, satu cara yang kerap digunakan untuk menentukan kedudukan janin dalam kes yang meragukan ialah dengan menggunakan ultrasound. Pemeriksaan cara ini sangat selamat dan tidak ada bahaya bahangan atau radiation. Pemeriksaan juga memberi maklumat lain yang agak penting mengenai janin seperti degupan jantungnya, kedudukan uri dan alat ini juga boleh mengesan beberapa jenis kecacatan bayi.

PUNCA KEDUDUKAN LUAR BIASA
Kedudukan janin songsang atau melintang mungkin disebabkan oleh salah satu  daripada beberapa perkara yang dihuraikan eloh Dr.Hamid di bawah ini. "Sesetengah kedudukan songsang tidak ada sebab yang nyata. Kita terus tidak mengetahui apa puncanya walaupun berbagai-bagai cara dilakukan untuk mengesannya. Keadaan ini mungkin timbul dari pihak ibu atau janin itu sendiri ataupun kedudukan uri yang luar biasa"  

Menurut Dr. Hamid lagi, " Ibu yang telah banyak kali melahirkan anak lebih kerap mengalami masalah ini kerana otot-otot di bahagian rahim dan perut menjadi kendur. Keadaan in juga boleh berlaku  akibat keganjilan bentuk rahim yang mungkin telah wujud secara semulajadi".

Selain itu, katanya, "Boleh jadi juga ada ketumbuhan dalam rahim seperti fibroid atau ketumbuhan di kilang ovari, atau tulang rongga punggung ibu terlalu sempit. Janin pula mungkin mengalami masalah timbunan air dalam otak atau hydrocephalus, janin tanpa otak atau anencephalus, janin kembar, sama ada kembar biasa atau kembar siam".

Antara lain, kedudukan luar biasa janin juga mungkin disebabkan oleh kedudukan uri tidak normal. Biasanya, uri terletak di belakang janin, tetapi kadang-kala berlaku uri terletak di hadapan janin yang dikenal sebagai placenta praevia. Keadan ini sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan tumpah darah yang banyak dan janin tidak boleh langsung dilahirkan secara normal kerana uri menyekat saluran peranakan.

Untuk mengetahui punca kedudukan janin tidak normal ini beberapa pemeriksaan dan ujian mungkin dilakukan. Pemeriksaan ini termasuklah pemeriksaan kemaluan untuk menentukan keadaan rongga tulang punggung, disusuli dengan pemeriksaan X-ray pelvimetry untuk menentukan sama ada saluran rongga punggung sempit atau tidak. Ujian ultrasoundjuga penting dilakukan untuk mengesan kedudukan uri, ketumbuhan dalam rahim dan kecacatan janin.

BAGAIMANA MASALAH INI BOLEH DIATASI
Menurut Dr. Hamid, "Wanita hamil yang menyedari kedudukan anaknya songsang, akan terus meminta bantuan bidan kampung. Walaupun saya mempunyai hormat yang tinggi terhadap bidan kampung yang mahir dalam amalan perbidanan mereka, saya agak khuatir jika usaha  memusingkan janin ini akan menimbulkan masalah kepada ibu dan anaknya". 

Sebenarnya masih ramai lagi pakar perbidanan dan doktor perubatan yang cuba memusingkan janin berkedudukan songsang ini. Usaha ini biasanya dilakukan ketika kehamilan meningkat ke usia 32 hinga 34 minggu (jumlah jangka waktu kehamilan ialah 40 minggu). Walaupun pada keseluruhannya memusingkan kedudukan janin songsang adalah selamat jika di lakukan dengan teliti oleh orang yang mahir dalam bidang ini, namun terdapat juga beberapa bahaya yang mungkin timbul akibat perbuatan itu. 

Antaranya ialah berlaku premature labour atau kelahiran sebelum waktunya, tumpah darah, kematian janin dalam rahim atau kecederaan pada rahim. Dengan adanya kemungkinan risiko tersebut, kini ramai doktor pakar pebidanan teragak-agak atau tidak setuju langsung memusingkan kepala janin. Ada juga yang percaya jika janin itu dipusingkan ada kemungkinan ia akan berpusing balik kepada kedudukan songsangnya. Janin mungkin akan lahir cara biasa setelah berpusing sendiri kepada kedudukan normal di saat-saat terakhir sebelum lahir. Usaha memusingkannya mungkin sia-sia sahaja jika terdapat sesuatu gejala atau masalah yang saya nyatakan tadi.

MELAHIRKAN BAYI SONGSANG
Sebahagian besar janin dalam kedudukan songsang boleh lahir dengan cara spontan tanpa pembedahan. Doktor akan menilai dengan teliti sama ada janin itu terlalu besar atau rongga punggung ibu boleh memuatkan kelahiran bayi. Walaupun demikian, bagi janin yang kedudukannya songsang, kelahiran secara pembedahan sesarean mungkin dilakukan. Pembedahan dilakukan apabila anak terlalu besar dan saluran rongga punggung ibu sempit khususnya jika kandungan itu sulung dan ibu bermasalah seperti berpenyakit darah tinggi atau kencing manis. Bagi ibu yang mengalami kehamilan melintang kerana kedudukan uri di hadapannya, tidak ada jalan lain untuk melahirkan anak selain dibedah sahaja. Ibu ini perlu dimasukkan ke hospital lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan lahir; biasanya satu atau dua minggu sebelumnya. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang masalah bersalin di rumah. Ada kemungkinan tali pusat atau tangan bayi akan terkeluar dahulu. Kedua-dua kejadian ini akan menyebabkan kematian janin dalam rahim melainkan pertolongan cemas secara pembedahan diberikan dengan segera.

Oleh itu, setiap ibu yang mengandung khususnya mereka yang telah melaluinya beberapa kali perlu mendapat jagaan waktu mengandung dan pemeriksaan sejak awal lagi. Di peringkat tujuh hingga lapan bulan pula, pemeriksaan sangat penting untuk menentukan kedudukannya. Jika didapati kedudukan janin luar biasa, janganlah tergesa-gesa menemui bidan atau pengamal perubatan tradisional untuk memusingkan kedudukannya. Nasihat dan rawatan sewajarnya dari doktor pakar perbidanan adalah penting dalam hal ini. Akhirnya jika dinasihatkan oleh doktor menjalani pembedahan kerana kedudukan janin luar biasa ini, janganlah sekali-kali membantah kerana ia adalah untuk kebaikan diri ibu dan juga anak yang dikandungnya.


So uolls, I hope this info mampu membantu uolls menambah sedikit ilmu masa pregnancy. So do i. Kalau nak info pasal wanita lagi, bolehlah tgk blo Dr. Hamid Arshat okeh. Thanks uolls for reading... Daaaa....

P/S: Insya Allah baby HZ akan pusing kedudukan asal. Doakan kami ya!


1.12.12

26 Week's Pregnancy

Assalamualaikum dan Hi korang...

Dah lama tak update. Sorrylah sangat bizi sekarang. Last week sibuk berpindah dari rumah sewa ke umah MIL semula sebab dah nak masuk tujuh bulan. Apiz pulak kemungkinan kena transfer kerja ke Johor. So, demi keselematan Ieka dengan baby dalam perut ni, its better for us to move in rumah MIL. Lagipun kalau ada ape-ape, at least MIL dengan SIL ada.

Okay, sebenarnya nak cerita pasal my 26 week's pregnancy. Kinda excited sejak dah masuk second trimester ni. Lagi sejak baby HZ ni semakin aktif since 2 3 minggu lepas. Selalu betul dia bagi free kicking mase tidur dan Apiz adalah orang paling teruja bile setiap kali dapat free kicking melantun sebelum tidur. Masa mule-mule dulu, rasa macam pelik bila perut ni bergerak2 melantun tiba-tiba. Sekarang ni dah jadi seronok pulak. Kadang-kadang Apiz pulak yang terlebih risau bila Ieka tido baby duk kicking. Takot Ieka tak selesa. Tapi sebenarnya sangat selesa dan bersyukur sebab sekurang-kurangnya Ieka tahu yang baby dalam perut ni selesa dan sihat. Insya Allah.

Sejak masuk minggu ke 26 ni, Ieka cepat betul penat. Jalan banyak sikit, mesti dah penat. Sekarang ni memang tengah bizi dekat opis. Mana taknya, project dah nak close so banyak benda nak kena settlekan. Tapi nasiblah Bos sangat  memahami keaada diri. Thanks Bos!

So, kesimpulannya Ieka memang sangat enjoy my pregnancy moment ni. Tak sabar tunggu baby ni keluar. Semoga menjadi anak yang baik ya sayang!
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers