Pages

Followers

23.2.13

Teknik: Cepatkan Kelahiran Secara Semulajadi


Assalamualaikum dan hello kawan-kawan,

Hari ni Ieka nak share sikit tips dan teknik yang boleh bakal-bakal ibu lakukan untuk cepatkan kelahiran anda secara semulajadi. Bak kata apek dalam iklan. Ini champion punya, takde jual wooo! Actually, tip ni Ieka dapat daripada satu blog tu. Ya ampun pemilik blognya, saya lupa mau copy link anda. Tapi blog anda memang membantu. Steady! Thanks for provide such a good info and technic for us!

So, jom kita selidik apekah teknik-teknik atau cara-cara yang boleh kita lakukan supaya baby ni turun kedalam salur ibu dengan betul dan mudah. So, cepatlah ibu dapat constration. Bila dah dapat constraction, maka cepatlah proses kelahirannya.

Teknik 1
Ibu perlulah rajin berjalan. Kenapa?

Hot Mommy Alicia Keys 

Apabila anda banyak bergerak ia dapat membantu menguatkan kontraksi dan membantu anda mempercepatkan proses kelahiran

Teknik 2
Ibu perlu buang air kecil dengan kerap. Why.. why??

Haip!! sila jangan tengok...

Kerana pundi kencing yang penuh boleh melambatkan prosese kelahiran kerana ia menghalang penurunan kepala

Teknik 3
Ibu perlu manjakan diri. Macamana?

Bestnya...

Ibu boleh mandi menggunakan air suam atau masuk ke dalam kolam bersalin. Something interesting to try. Manjakan diri sambil-sambil buat spa kat rumah. Hilangkan stress dan penat kerja. Just enjoy your moment.

Teknik 4
Ibu perlu aplikasikan teknik-teknik pernafasan yang dipelajari di kelas antenatal? Sebabnya??

Sekarang kita pun rajin duk macam ni.

Untuk elakkan Ibu-ibu daripada berasa cemas bila tanda nak bersalin keluar.

Teknik 5
Urutan Belakang. Camne nak urut?

Leganya kalau dapat massage camni


Ibu boleh minta tolong suami anda urut bahagian belakang secara lembut tetapi tegas. Bukan ape, supaya boleh le kurangkan sengal-sengal dan angin dalam badan tu. Rasa relax sikit urat-urat bila nak tidokan.

Teknik 6
Posisi tidur yang betul. Macamane tu ek??

Tidur mengiring ke kiri adalah posisi terbaik


Tukar posisi di atas katil( mengiring sebelah kiri) untuk memudahkan kepala bayi turun dengan cepat.

Teknik 7
Senaman Ringkas. Cube cerita sikit, Boleh??

Lebih kurang macam ni la..

Ibu boleh hayunkan punggung dan membongkok ke depan semasa kontraksi berlaku dapat membantu rahim menolak menolak bayi agar masuk ke saluran peranakan.

So, itulah dia tips-tips atau teknik tu cepatkan proses kelahiran secara semulajadi dan tips untuk kurangkan kesakitan. Tak yah cucuk epidural selagi ibu-ibu boleh tahan. Tapi kalau tak boleh tahan, cucuk la ya. Jangan dibiar pulak nanti mudarat diri pulak. So until then, selamat mencuba! Peace!

38 Weeks Pregnancy

Assalamualaikum and Hi Peeps!

Alhamdulillah, sekarang ni kandungan Ieka dah pun berusia 38 minggu. Another two weeks to go people. Im   so excited yet Im nervous too. Hopefully semuanya dipermudahkan. Lately ni baby sangat kuat bergerak. Tak kira siang atau malam . Mungkin sebab dia dah besar. Yes! Ieka tak tipu baby ni sangat montok, sexy dan panjang. Beratnya dah cecah 3.2 kilogram kawan-kawan. ehehehe.. Alhamdulillah kata doktor dia sihat. Tak kisahlah besar ke kecik ke, as long as dia sihat dan sempurna itu sudah memadai untuk kami berdua.

Semalam Ieka ke Klinik Kesihatan. Seperti biasalah buat pemeriksaan. Misi semalam agak banyak complainnya. Tak macam misi-misi yang sebelumnya. Itu lah ini lah. Well, sebagai patient Ieka dengar jelas. Malas nak menjawab sebab kang kalau menjawab lain pulak jadinya. uhuk... uhuk... So, pasrah jelah. Tapi Ieka suka sesi pemeriksaan semalam sebab kebiasaannya, Ieka perlu tunggu tiga jam untuk selesai satu sesi pemeriksaan lengkap. Tapi semalam hanya 30 minit uoolss... Efficient giler! Nak tahu sebab apa? Sebabnya semalam diorang ada pelawat daripada kementerian so, haruslah tunjuk diorang sangat effient khennnnnn. Tu yang misi tu bagi bebelan kot. Sebab nak tunjukkan dia efficient. Tapi tak kisahlah janji semua okay sudah.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi Ieka bangun, Ieka tak dapat rasa baby punya movement. Panggil-panggil baby pun dia tak gerak. So Ieka assume dia tido. Masa solat subuh pun dia tak move. Ieka dah susah hati. So, Ieka bagitau Apiz, then Apiz kata maybe baby tido lagi. Dia pun ada cakap-cakap dengan baby but no respon. Ieka still pergi kerja macam biasa sebab ada important meeting kat opis. So masa meeting, baby still tak bergerak. Ieka terus wassup Apiz dan ajak pergi klinik.

Lepas solat Jumaat kami terus ke Klinik Kesihatan. Sampai-sampai Ieka bagitau misi yang baby slow moving arini. Misi terus check tekanan darah Ieka dan bawa Ieka ke bilik pemeriksaan untuk check jantung baby. Alhamdulillah jantung baby okay. Tapi misi still nak Ieka jumpa doktor sebab risau takot apa-apa jadi pada baby. So, Ieka dibawa jumpa doktor. Doktor tu sangat cantik dan baik. So, doktor pun scan la perut Ieka ni. Scan punya scan, Alhamdulillah baby elok je kedudukannya. Menurut doktor, baby slow moving sebab saiz dia dah besar dan space tak cukup. Tapi dokotr pesan jugak kalau malam ni rasa dia tak aktif macam biasa, dan gerakkan kurang sepuluh kali sampai jam 9.00 malam, cepat-cepat pergi hospital bawa sekali kelengkapan.

Ieka syukur sangat sebab Allah masih pinjamkan Ieka bagi dalam kandungan ni. Masih mahu bagi peluang pada Ieka untuk melahirkan bayi ini insya Allah. So, until now baby masih bergerak aktif lepas Ieka jmp doktor tadi. Thanks sayang. jangan buat mama dan papa risau lagi ya. Mama dan papa tunggu sayang keluar. Mama tahu mama kurang rehat lately ni sebab kerja banyak dan timeline makin hampir. Hope sayang mama ni kuat ya. Insya Allah kita jumpa tak lama lagi. Sayang bertahan ya. Mama luv u sayang.

P/S: Sejak mengandungkan kamu, mama sangat suka lagu Salam Semua ni. Mungkin sebab semangat mama yang tak sabar-sabar ada kamu. Selain Allah yang sentiasa jadi tempat mama mengadu.... Kamu dan Papa juga kekuatan mama bila banyak dugaan yang datang, Bila teringat kamu dan papa, mama jadi kuat balik.


Enjoy!

17.2.13

Minyak Bio Oil

Assalamualaikum dan Hi peeps!

Sangat lama tak update blog ni. Sangat bersarang dah blog ni. Untuk makluman korang semua, Ieka sekarang ni dah masuk minggu ke 37 tau. So, lagi dua atau tiga minggu jek Ieka akan bersalin. Mohon awak semua doakan dipermudahkan segala urusan bersalin nanti ya. Ameen.

Anyway, hari ni, Ieka nak cerita pasal Minyak Bio Oil. Minyak ni sangat bagus untuk bakal-bakal ibu yang mengalami masalah stretch mark atau dalam bahasa melayunya rengangan kulit akibat pembesaran perut. Eceh! macam translator lak Ieka kan. Tapi kalau dpat jadi translator pun bagus, boleh tambah pendapatankan. Then, lepas pantang boleh shopping baju baru. eheheheh okeh enough! melalot banyak sangat pulakkan... hik.. hik.. hik.

Minyak Bio Oil ni, didatangkan dalam dua saiz. Satu saiz kecil 60ml dan saiz besar 100ml. Harga pun affordable. Yang 60ml tu cuma RM 32.00 sahaja. Boleh digunakan selama sebulan. Kebaikkan minyak ni banyak tau Selain menghilangkan renggangan pada perut, minyak ni juga boleh digunakan untuk hilangkan parut-parut luka. Alhamdulillah, baru dua minggu Ieka pakai, parut kat kaki dah semakin berkurangan. Minyak ni jugak boleh kurangkan kulit kering, kedut-kedut kat muka dan the most important thing, boleh hilangkan jeragat. Yes! jeragat uolls! Perempuan sangat tak suke kalo ade jeragat kat mukakan. Ieka pun tak suke. Muka bersih, tapi ade dot.. dot... dot jeragat pun not good tau. Tak cantik!

Untuk makluman korang, artis pun pakai minyak ni tau. Antaranya Dynas Mokhtar dan isteri Harith Iskandar. Tak caya?? haaaaa.... ni gambar diorang.

Dynas & Dr. Jasmine

So, kalo korang nak tahu apa lagi yang best pasal minyak ni, cepat-cepatlah pergi dapatkan minyak Bio Oil tu. Best sangat. Senang cerita, sekarang ni minyak Bio Oil adalah best frind Ieka setiap pagi dan malam. Selamat Mencuba!