Pages

Followers

21.7.12

Ramadhan 2012 (1433 Hijrah)

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua.

Alhamdulillah tahun ni merupakan tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri dan mommy to be. Semuanya rezeki dari Allah. Aku sangat bersyukur. Walaupun aku teruja dan ada juga rasa kekok. Tapi aku tak sabar nak lalui bulan ni dengan penuh rasa embira. Iyelah, aku dah ada dua family sekarang. Boleh aku bergilir-gilir buka puasa.

Mula-mula masa aku dengar pengumuman pasal tarikh puasa, aku jadi sangat emo. Yelah orang tak pernah berpuasa tanpa ayah dengan ibu. Confirmlah emo. Nama pun perempuan khennnn. Airmata la lebihkan. *eheheehe..

So, Alhamdulillah, malam Ramadhan yang pertama, aku dapat menunaikan Solat Terawih walaupun hanya dirumah. Almaklumlah, keadaan aku yang tak berapa mengizinkan ni. Kalau korang nak tahu, aku ni bukan kena morning sickness tapi aku ada alahan evening sickness. Mungkin baby dalam perut ni tahu yang mommy to be ni agak bizi di opis, jadi dia cuma buat perangai bila malam jek. Alhamdulillah. Baby Mama dengar pesan Papa kan? Aku berharap sangat agar aku dapat berpuasa penuh tahun ni dan semoga baby dalam perut aku ni sihat sentiasa. Bukan apa, aku nak juga kejar pahala yang berlipat kali ganda bulan Ramadhan ni. Semoga permintaan aku ni diperkenan olehNya. Amin.


Selain itu, masa bulan Ramadhan nilah kita berpeluang untuk Solat Tarawikh. Banyak nikmatnya tau kalau kita tunaikan Solat Tarawikh ni. Contohnya, malam ni. Malam Solat Tarawikh yang pertama, nikmat yang Allah turunkan bukanlah sikit banyak iaitu "Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan." Allahuakbar, kita ni suci semula tau macam bayi-bayi yang baru lahir. Putih lagi dari sebarang dosa. Inilah untungnya bersolat Tarawikh.

Semoga Allah berikan aku kemudahan dan kesenangan untuk aku beribadat dan bersujud kepadanya walaupun aku berbadan dua. Aku mahu kejar semua kelebihan bulan Ramadhan ni. Insya Allah. Jadi, Selamat Berpuasa kawan-kawan dan selamat beramal. Sekian.

P/S: Ustaz Asyraff Imam Muda pesan, setiap juzuk Al-quran ada sepuluh helai, kalau kita baca Al-quran sepanjang Ramadhan dua muka surat setiap waktu, Insya Allah akan abis satu juzuk. So, bulan Ramadhan ada 30 hari, kalau satu hari satu juzuk abis, Insya Allah tak mustahil untuk habiskan 30 juzuk dalam sebulan. Jom kita mengaji!

20.7.12

6 Week's Pregnancy

Alhamdulillah.... Aku bersyukur kepadaMu..
Kami sudah genap tujuh bulan menjadi wifey dan husband...
Dan kerana rezekiMu juga...
Sidia.. yang berada didalam diri aku sudah juga genap enam minggu pada tarikh yang sama...

Ya Allah... sungguh cantik dan teratur rancanganMu untuk kami..
Alhamdulillah...
Terima Kasih kerana menganugerahkan aku seorang suami yang sangat menyayangi aku..
Dan tidak pernah jemu untuk tunjukkan aku jalan yang benar...
Seorang suami yang penuh dengan kesabaran melayan kerenah aku sejak adanya sidia dalam diri aku..
Terima Kasih Ya Allah....
Semoga Jodoh Kami sentiasa dalam restuMu dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Amin.

11.7.12

Muhasabah



"ORANG YANG BANYAK BERCAKAP ADALAH ORANG YANG HATINYA KERAS.......
SEMAKIN KERAS HATINYA, SEMAKIN JAUH  DIRINYA DARIPADA ALLAH"



 Aku diamkan diri bukan bermakna aku kalah.
Tapi aku tak mahu jauh dariNya.
Kalau mahu teruskan dipersilakan.
Tapi, untuk seret aku sama, aku rasa tidak perlu.
Aku tidak mahu sama terjunam jadi orang yang tidak menghargai dan tidak bersyukur
Semoga Allah mengampunkan dosa yang ada.
Aku juga tidak sempurna.
Tapi, aku masih tahu beza mana yang baik dan buruk.
Allahualam.

3.7.12

Hati

Menjaga hati orang seperti meruntun SEPULUH tahun lamanya untuk memahami..
Menajaga hati orang kadang-kadang memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi.
Menjaga hati orang, kadang kala membuatkan kita lupa tentang KEPUASAN HATI kita.
Hati akan pedih, jiwa akan kacau. Sedih akan damping selalu.
So, aku ambil jalan singkat, untuk menjaga HATI SENDIRI untuk saat ini.
Kerana perasaan aku juga mahu dijaga.



Aku bukan mengelak, tapi aku juga mahu dianggap manusia.
Ada HATI ada JIWA.
Berkecil hati mungkin selalu, tapi tabahku tak setinggi dan sekukuh everest.
Aku takut ia rapuh sebelum waktunya.
Aku harap kamu faham. Aku mahukan kehidupan, bukan kutukan.
Aku mahu belajar menjadi lebih baik, walaupun aku bukanlah terbaik.
Dan ini permulaanya. Allah lebih tahu.



Jangan percaya sebelum bertanya.
Jangan beri muka paling dibenci sebelum menyelidik.
Jangan bersangka buruk sebelum aku keluarkan hujah yang patut kau dengar.
Manusia itu bukan TUHAN. Dia tidak tahu mengenai aku.
Tapi... aku pelik, kamu sangat percaya ceritanya.
Oleh itu, biar aku angkat kaki sebelum sesuatu buruk berlaku.
Menjauh bukan membenci. Menjauh bukan aku lari.
Tapi menjauh untuk wujudkan kemesraan.
Dia cukup banyak bercerita. Aku pula cukup banyak bersedih hati.
Jadi, cukup takat ini, aku perlu pertahankan segalanya.
Aku pilih untuk hidup diatas kaki sendiri bersama lelaki paling setia.

Sekian.

A big Gift!

Hi....

Korang setuju tak kalau aku katakan, yang rezeki itu datang dari Allah. Kita sebagai manusia tak boleh nak cakap macam-macam. Contohnya aku pernah kena. Ada satu pakcik ni cakap aku mungkin susah nak timang cahaya mata kalau aku tak pergi berurut yang telah membuatkan aku sangat sedih. Nasib aku dengar cakap ibu.



JANGAN PERGI BERURUT. Pakcik tu bukan TUHAN. 
Bukan dia bagi rezeki. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. 
Kalau ALLAH kata itu bukan rezeki awak... awak gie berurut ke, makan ubat traditional ke,  takkan ada. Yang penting kite kena sentiasa bersangka baik dengan ALLAH.

-ibu-

Sejak itu aku redha dan jalani kehidupan dengan biasa (Cheh! ayat ko kan ieka). Dan pada Dua Julai Dua Ribu Dua Belas, ini hasilnya yang aku dapat... jeng..jeng..jeng...


Alhamdulillah, terang kan? So, next check up Sembilan Julai Dua Ribu Dua Belas aku ade appointment doktor sebenarnya. Aku akan pergi dapatkan pengesahan. Syukur.

1.7.12

Lewat

Aku mengira.
Sejak dari last "my Best Friend" datang.
Sehingga aku buat ujian itu.
Katanya kiraan itu.
3 minggu 3 hari usianya.
Aku google lagi. Aku baca.
Dia sedang cuba untuk bertukar bentuk.
Aku tak sabar jumpa doktor.
Untuk dapatkan pengesahan
Tapi kata orang 3 minggu masih awal, biasanya jarang boleh detect..
Means hormon aku tinggi...
Jadi, semoga segala rezeki ni, Allah berikan pada aku dan enchik suami.
Doktor sila tunggu kami!

P/S: Terima Kasih kawan-kawan atas doa. Segala perkhabaran nanti akan aku share. Insya Allah.

A Sign.. Maybe!

*sorry gambar not very clear*

Hye and Assalamualaikum...

Im in a confuse mood. Belum lagi sampai tarikh sepatutnya "my best Friend" datang..Tapi, me gatal tangan untuk buat UPT (Urine Pregnancy Test).. So, apa yang aku dapat adalah seperti gambar. On 30th of June 2012, warnanya pudar sikit.  Sorry aku tak amik gambar on time untuk test ni sebab me dan enchik husband confuse, but still berysukur.I asked my BFF about this, and she said.. Its +ve sign..
Kalau betul Alhamdulillah...

Then, aku ada baca satu forum which is banyak ibu-ibu dan bakal ibu-ibu share pengalaman diorang pasal pregnancy, diorang nasihat suro buat another test between 24-48 hours from first test kalau aku ragu-ragu.
So, pagi tadi 1st july 2012, at 5 am, aku wat UPT lagi.. Dan ternyata masih dua garisan, cuma garisan kedua keluar lambat sikit after 5 to 10 minutes macam tu baru kuar. Tapi warnanya more terang than yesterday.
So, aku rasa mungkin aku betul-betul pregnant. So, this evening, me and enchik husband akan ke klinik untuk pengesahan. Tolong doakan kami ya. Semoga bulan ni, sempenan ketibaan Ramadhan akan ada "anugerah dan hadiah istimewa" untuk kami sekeluarga.

Sekian.

P/S: Kedua-dua gambar aku amik tengah ari tadi. Kata orang kalau garisan kedua (T) test semalam hilang dengan cepat, means itu prenancy palsu. Tapi, aku pny dah seharian, masih ada. Mungkin ada rezeki. Insya Allah.