Pages

Followers

6.4.12

Fake

Nak cakap tapi tak terluah...
Nak menangis aku masih kuat, aku pasti...
Tapi aku rindu masa lalu...
Waktu, aku dan ibu, berbual sambil menanti ayah balik dari kerja..
Bercerita tentang rasa, hal kerja dan macam-macam lagi...
Aku rindu bebelan ayah... Aku lama tak gaduh dengan adik aku....
Tapi aku pendam.. aku simpan.. aku pamerkan senyuman yang paling manis...
cuma aku tak boleh buang hakikat........  I MISS EVERYONE AT HOME!

2.4.12

Aku Terima.... 3 bulan lalu.

Pada tujuh belas dua belas tahun yang sebelum dua puluh dua belas, aku telah secara official menjadi wifey yang sah kepada dia. Menjadi yang halal kepada dia. Menjadi yang dekat kepada dia. Selepas dua kali lafaz *lebih afdol kata tok kadi*,  cincin disarung, dahi di*****, selepas solat dan menadah tangan bahawa kami syukur kami disatukan. Terhindar dari segala dosa. Insya Allah.

Untuk tiga bulan yang aku lalui ini besama dia, Banyak yang aku belajar. Belajar untuk bersabar. Belajar untuk menjadi yang lebih baik. Belajar menjadi lebih peka pada setiap yang berlaku. Kalau tiga bulan yang lepas, ibu dan ayah yang jadi pendorong utama aku dalam sesuatu hal. Sekarang, dia adalah tunggak utama aku. Pendorong semangat aku untuk aku lebih gigih dan cekal dalam sesuatu hal.

Untuk tiga bulan ini, aku belajar apa itu hidup berumahtangga. Aku belajar macmana nak sesuaikan hidup dengan situasi yang baru. Yelah, mana nak pergi sekarang aku perlu minta izinnya. Kalau dulu, dapat gaji untuk aku seorang sahaja, tapi sekarang aku perlu share. Setiap apa nak beli, aku perlu keizinannya. Kalau tidak katanya, jadi tidaklah. Semua perlu dapat keredhaan darinya. Restu darinya. Insya Allah, aku perlahan-lahan cuba belajar menjadi "kita" bukan "aku" lagi.

Untuk tiga bulan ini, aku belajar menjadi dari "family aku" kepada "family kami". Ye aku belajar terima dua keluarga. Aku ada keluarga besar sekarang. Aku happy, aku lebih kenal siapa dia. Suami yang sangat awesome. Aku bukan sahaja dimanjakan. Aku diterima seadanya. Aku ada mak, dan adik perempuan sekarang. Perfect!



Untuk tiga bulan ini, aku belajar jadi pemalu. ahahahah aku sangat outspoken in certain things kengkadang. Tapi sejak bersuami, aku jadi sangat pemalu. ahahaha serious aku tak tipu. Aku lebih menjaga semuanya. Bila aku rasa pelik, aku akan bisik pada dia.. "Do i look awkward?"... ahahah itu soklan yang dah biasa kat telinga dia sekarang. Aku cukup takot bila orang pandang aku pelik macam tu. ahahaha. Dan tak pernah pun jawapan dia menyakitkan hati aku. Selalu je, jawapan yang bersemangat. Jawapan buat aku rasa, okay.. korang tak suka takpe, suami aku suka. *ahahahhaha.. the evil laugh*

Semoga tiga bulan ini, mampu menjadi tiga tahun yang akan datang dan seterusnya. Itu yang aku harapkan. Semoga hatinya sentiasa kekal untuk aku. Semoga, hati aku juga sentiasa kekal untuk dia. Semoga Allah merestui hubungan ini sampai keakhirnya dan semoga disyurga nanti akan ada ruang buat kami berdua. Insya Allah.

Dan untuk tiga bulan yang seterusnya, aku mohon agar Allah sentiasa hadirkan rasa kasih dan sayang en.Husband untuk aku dan tak pernah jemu untuk menjadi pembimbing aku yang paling sabar dan setia. Semoga kasih sayang kami akan sentiasa ada dan menjadi lebih banyak dari hari ke hari. Biarlah kami jatuh cinta kerana yang SATU. Insya Allah.

Semoga aku akan menjadi isteri yang lebih baik dari semalam dan menjadi yang lebih taat kepada Allah, Rasul dan Suami ku.Insya Allah.



P/S: Aku jatuh chenta lagi dengan lelaki yang sama sejak 9 tahun lalu. Alhamdulillah.