Pages

Followers

30.3.12

Pelangi

Allah beri ujian dan kesakitan pada aku dua tiga bulan ni...
Mungkin perubahan keadaan buat aku belum biasa..
Perubahan hormon kata orang...
Dan endingnya.... Kelmarin... Selasa lepas...
Aku sakit sampai tak boleh bangun.. Serious okeh!
Tapi aku bersyukur... Aku ada MIL dan Husband yang sangat ambil berat pasal aku.
Thanks mak and Hubby!

en.Husband terpaksa cuti untuk jaga aku.
Pagi bangun tidur badan aku sakit-sakit. Nak bangun tak mampu.
Semua perlu bantuan en.Husband.
Siap semua aku ke klinik.... Maaf menyusahkan aku kata pada en.Husband..
Tanggungjawab syg... itu en.Husband bagitau aku sambil senyum...
*aku nak jiwang sikit*

Now, Alhamdulillah, aku dah sihat lepas dengar nasihat doktor dan makan ubat. *Insya Allah*
Every time bila rasa tak nak makan ubat aku akan tebayang muka en.Husband dengan mata besar bila aku cakap "tak mau makan ubat". Okeh takut! ahahahahhaha.... Thanks hubby!

Semoga aku cepat-cepat sihat dan semoga diberi peluang untuk cepat-cepat dapat baby. Amin.

22.3.12

Sympthom

Bila petang rasa mual,
Bila petang rase loya,
Lepas makan rase nak muntah,
Sakit kepala, slightly pain... Not really pain.

Semalam, tengah malam pun muntah.
Sampai takot nak tidur.
bangun pagi tadi muntah lagi.
Apa kes?
Angin mungkin..
Tapi dah hampir seminggu mcm ni...

Perut belah kiri kat bawah kadang rase sakit.
Slightly pain jugak...
Dan petang semalam sangat craving nak makan meggi goreng...
Hari ni pulak kurang selera...
Ini sympthom ape?
Aku pun tak pasti.....

7.3.12

A Gift!

Assalamualaikum Dan Hai korang...

Aku curi masa sikit untuk update blog ni. ehehehhe. Okay aku nak bercerita pasal kisah beberapa hari aku sibuk  berusaha menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Okeh, arini aku tak nak cerita pasal menu apa yang aku ambil Tapi aku nak cerita pasal aktiviti yang aku lakukan sepanjang 2 3 hari ni. Kalau korang nak tahu, orang yang paling memberi sokongan pada aku untuk turnkan berat badan aku supaya aku sentiasa sihat adalah en.Husband. Yang bestnya, dia siap belikan aku kasut jogging jumaat yang lepas. eheheh. Punyalah nak bagi aku semangat nak suro turunkan berat badan dan badan fit sentiasa. Thanks Husband. *gambar kasut nanti aku upload next post okeh*.

So, nak dijadikan cerita, jumaat malam tu, kami berdua pusing satu cheras cari kasut yang betul-betul comfort untuk aku pakai supaya masa aku jogging tu ringan jek untuk aku lari. So, en.Husband telah belikan kasut jenama ADIDAS untuk aku. eheheh aku suka sebab cantik dan memang ringan. Harganya korang silalah cari kat kedai tu. Tak mahu cerita kat sini sebab kang ada yang kata aku nak berlagak pulak. ehehehe.

Jadi, lepas ada kasut tu, semakin seronok aku bersukan. Nak tahu aku ada gang tau untuk pergi jogging. Setiap weekend kami pergi berjogging dah sejak akhir-akhir ni, siapa lagi kalau bukan my lovely MIL la. SIL pun ikut jugak tau. So, lebih interestinglah masa bersukan aku. ada gang yang sama-sama punya tujuan yang sama.



Selain itu, sekarang ni, setiap malam aku exercise kat umah. hari-hari aku pastikan aku buat exercise untuk upper body supaya badan aku fit. Aku follow video yang aku download dari youtube. Seronok tau. Sambil tu   aku belajar jugak macamana rahsia nak dapatkan perut yang flat dan fit.  Dan setiap hari aku amalkan tips tersebut dan hasilnya, korset aku dah tak ketat langsung. Yes!.

Tapi tak boleh nak seronok sangat sebab, aku focus nak pastikan yang aku boleh menyarung baju saiz M dan S semula. Jadi marilah kita focus! chaiyok!


P/S: Mari exercise supaya badan sihat dari penyakit!.

5.3.12

Ignorance is Bliss

The more u talk
The more mistake u did....

Keep silence...
Keep Ignore...
Ignorance is Bliss...
Alhamdulillah.....

1.3.12

Tak Mahu kira.. Mahu Sihat!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua orang...

Hari ini aku bangun dengan semangat untuk focus dan berusaha menurunkan berat badan dengan sihat. Okay jom tengok apa aku makan untuk hari kedua semalam. Aku agak nyesal sikitlah, tapi what to do, ibu mertuaku masak dengan superbbb sedap. Tak sampai hati tolak. Mak dah masak sedap-sedap. So, aku jamah sikit (tak sikit sangatlah, banyak jugak). Tapi, still dalam kuantiti yang terjaga okay.

Okeh, jom aku kongsikan dengan korang menu yang aku makan semalam dan jumlah kalori yang aku ambil.

Breakfast
350ml of Herbalife Shake (185 calories)
600ml of Herbalife Tea Mix (0 calories)
1 litre of Plain Water (0 calories)

Lunch
Kuey Teow Sup + Bergedil (450 calories)
1 litre of Plain Water (0 calories)

Dinner
2 keping Wheat bread + Semangkuk kecil masak lemak cili api (250 calories)
500 ml of Plain Water (0 calories)

So, secara totalnya, calories yang aku ambil hari kedua ialah 885/2064. Kan aku dah bagitau dari awal tadi, masih dalam keadaan yang terkawal.. eheheh. Cuma malam tadi aku skip exercise sebab aku penat sangat. So, aku tidur awal. Tapi bila bangun pagi ni, aku segar bugar. Alhamdulillah.

Okaylah, sok aku update lagi ya. Anyway pada sapa nak diet tu, silalah jangan Skip makan, tapi tingkatkan aktiviti. Disiplin dan percaya pada diri. Chaiyok!

P/S: Lepas ni patut update beserta gambar menu sekali, baru lebih semangat.