Pages

Followers

30.8.11

Eid Mubarak 2011 - Teaser

Salam Aidilfitri

28.8.11

Unknown

Assalammualaikum.

Thanks Sepet!

27.8.11

Salam Lebaran 2011





Assalammualaikum.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 
kepada semua yang sudi membaca blog aku ni. 
Selama sebulan kita bersama-sama telah menunaikan ibadah sebagai orang Islam.
Bersama-sama menunaikan puasa dan bersama-sama menunaikan solat tarawikh.

Aku juga ingin memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terkasar bahasa atau ada melukakan hati sesiapa yang membaca blog ini.
Semoga dihari lebaran ini kita sama-sama dapat beraya dengan gembira.


Selamat Hari Raya.

19.8.11

Doa untuk Kita

Ya Allah..
Ya Rahman..
Ya Rahim...
Terima Kasih untuk rasa cinta yang kau turunkan kepada kami.

Ya Allah...
Kami bersyukur kerana kau masih memberi peluang untuk kami terus hidup di muka bumi ini.
Sekiranya kami banyak berdosa
Kau ampunilah kami Ya Allah.

Ya Allah..
Hanya padaMu kami meminta.
Kau lapangkanlah dada kami.. kau tenangkanlah jiwa kami.
Jauhkanlah kami dari segala perkara mungkar
dan kau lindungilah kami dari azab api neraka.

Ya Rahman..
PadaMu kami meminta..
PadaMu kami berserah..
Kau permudahkanlah urusan kami.
Kami restuilah hubungan ini agar kami boleh meneruskan hubungan ini dengan baik.

Sesungguhnya Ya Allah...
Yang baik itu semuanya datang daripada kau
dan yang buruk itu mungkin dari kesilapan kami sendiri.

Ya Allah..
Hanya kau mengetahui segala-galanya.
Hanya yang wajib kami sembah.

Amin.

18.8.11

Pernah

Dulu aku pernah berusaha.
Aku pernah berjaya.
Aku pernah buat dia senyum melihat perubahan aku.
Tapi... kenapa sementara?
Kenapa hati tak sekuat dulu kala.
Faktor rakan sebaya?
Nafsu yang sudah tidak mampu dikawal?
Aku mahu dia lihat aku seperti dulu.
Jadi... aku mula berhasrat seperti dulu.
Kali ini, dengan semnagat yang disimpan.
Tanpa perlu dikongsi dengan sesiapa.
Walaupun dia.

17.8.11

Belajarlah


✿ ܓ Belajar DIAM dari banyaknya BICARA ,
✿ ܓ Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN ,
✿ ܓ Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG ,
✿ ܓ Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN ,
✿ ܓ Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN ,
✿ ܓ Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
✿ ܓ Belajar REDHA dari satu KETENTUAN

Allah alwiz know the best for us.

*Thanks Bella*

Sedarkah kita Apakah Tujuan Manusia Dilahirkan ke Dunia?

Salam Ramadhan. Alhamdulillah masih lagi kita diberi peluang untuk menjalankan kewajipan sebagai umat Islam. Hari ni merupakan hari ke-17 kita berpuasa. Terima Kasih Ya Allah kerana masih memberikan aku peluang untuk terus hidup. Alhamdullilah.

Apa khabar semua?. Hope korang semuanya sihat. Hari ni aku agak serius sikit ya. Bukan serius marah-marah tu. Tapi post kali ni aku nak share pasal "Tahukah kita Tujuan Allah Melahirkan Manusia Ke Dunia". Masa belek-belek dari satu blog ke blog yang lain. Hati aku macam terpanggil untuk share benda ni dengan korang. Thanks to blog ni sebab aku dapat persoalan yang berguna ini daripada mereka.

So, apakah tujuannya manusia ni dilahirkan ke dunia? Mari sama-sama kita ambil sedikit masa dan ikhtibar daripada persoalan dibawah ni.


FIRMAN Allah Taala bermaksud: 


“ Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan”. 
– Surah al-Hadid, ayat 25 


Adakah kita tahu siapa pencipta kita dan bagaimana sifatnya? 
Kita sebenarnya tidak miliki suatu apapun pada diri kita. Tangan, kaki, dan mata kita sehingga sel yang paling kecil dalam tubuh kita pun bukan milik kita. 


Kenalkah kita siapakah tuan punya sebenar bagi semua itu?
Kita sebagai manusia tidak memiliki air yang kita minum, udara yang kita sedut, makanan yang kita makan, bumi yang kita pijak. Tidak memiliki suatu apapun daripada segala nikmat yang dirasai di dunia ini. 


Siapakah pemilik bagi segala nikmat ini?
Kita manusia telah dianugerahi kekuatan dan kemampuan untuk melakukan apa yang kita kehendaki di muka bumi ini, dan diberinya ilmu dalam memahami isi alam ini demi kebaikan dan kemanfaatan kita.


Tahukah kita siapakah yang menganugerahi kuasa dan segala kemudahan tersebut? 
Tahukah kita apakah bentuk kerja dan amalan yang disukainya dan dimurkainya? 
Ingatlah, Allah Taala berfirman maksudnya: 
” Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah “. – Surah al-Syura, ayat 21


Kita berada di dunia ini dalam jangka masa yang sangat terbatas, kita semua akan pergi meninggalkan dunia ini seperti mana kita datang. 


Firman Allah bermaksud: 
”Sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan (di dunia) apa yang telah Kami kurniakan kepadamu. “ 
– Surah al-An`am, ayat 94 


Tahukah kita kenapa kita datang ke dunia ini? 
Setiap anggota badan kita termasuk mata, telinga, kaki, tangan, hidung dan lain-lain dicipta bukan dengan sia-sia, tetapi ada tujuan dan hikmatnya. Kalau tiap satu anggota itupun dicipta ada tujuannya, apatah lagi kehidupan kita secara keseluruhannya tentu sekali mempunyai tujuan yang besar pula. Tujuan dan hikmatnya yang sebenar kita tidak akan ketahui melainkan dengan pemberitahuan daripada Penciptanya sendiri, kerana Ia mencipta sesuai dengan kehendak-Nya, tiada seorangpun mengetahui apa yang dikehendaki-Nya di sebalik penciptaan tersebut kecuali diberitahu-Nya.


Ketahuilah, bahawa kita manusia akan terus berjalan dan bergerak sebagaimana orang-orang yang mendahului kita menuju kepada destinasi yang telah ditetapkan, berpindah dari alam dunia ini seperti mana berpindahnya dari alam rahim ibu yang sempit dahulu ke alam dunia yang luas saujana. 


Tahukah kita ke mana berakhirnya kita? Apakah yang menunggu kita selepas kematian nanti ? 
Ingatlah, wahai insan! Anda pasti akan dihisab dan disoal-siasat di hadapan Pencipta yang menghantarkan anda ke dunia ini. Anda pasti akan menerima balasan daripada setiap amalan, tindakan, kerja dan aktiviti yang anda lakukan sepanjang hidup di dunia. Namun begitu, manusia tidak mungkin mengetahui kerja-kerja atau amalan yang disukai penciptanya, bagaimana pahalanya dan juga amalan atau kerja yang dimurkainya serta balasan seksaannya kecuali dengan melalui ajaran dan petunjuk-Nya. 


Di sinilah letaknya kepentingan para rasul dalam kehidupan manusia di dunia. Tanpa mereka banyak persoalan hidup manusia ini tidak akan terjawab, kerana merekalah diberi tugas oleh Allah untuk menyampaikan ilmu yang tidak boleh dicapai oleh kebijaksanaan akal manusia yang terbatas. Pada tangan merekalah terdapat bukti-bukti yang nyata, selaku penyuluh jalan menuju kejayaan hakiki dan kebahagiaan abadi di akhirat nanti.


Semoga kita masing-masing dapat menjawab segala persoalan yang ditimbulkan di atas dengan jelas dan penuh keyakinan. Di atas keyakinan itulah kita bergerak dan melangkah menuju matlamat akhir dan cita-cita yang diharap-harapkan, mudah-mudahan Allah Taala sentiasa membantu kita.

So, aku harap dengan persoalan-persoalan ni, dapatlah kita sama-sama memcari jawapannya. Aku juga bukanlah manusia sempurna. Masih lagi dalam peringkat pembelajaran menjadi muslimah yang lebih baik Insya Allah. Doa-doakan ya. Amin. Sekian.

16.8.11

Saatku Pejamkan Mata

Tiba-tiba jatuh cinta dengan lagu KRU ni...
Aku tahu lagu lama... Tapi.. entahlah...
Suka pulak lately ni...
*Dalam hati ni memang ada taman.. tasik dan bunga-bunga*


Saatku Pejamkan Mata- KRU
Tika ku putus harapan kau ke depan
Tika ku jatuh tersungkur kau bangunkan
Ku bersyukur kerana dikau ada
Kau buat hidup daku sempurna
Tika ramai yang membenci ku kau sayangi
Tika ramai yang memuji kau mengerti
Masa ku bukan hanya milik kita
Tetapi untuk dikongsi semua

Andainya kau tiada aku kan parah
Kehilangan arah dan hancur rebah
Kaulah segalanya makna kehidupanku
Oh tuhanku tolonglah beriku restu
Ku dalam pelukannya di saat itu
Saat daku dipejamkan mataku

Kau beri ku kekuatan bila tertekan
Beri yang ku perlu dan cintamu
Aku yakin akulah jejaka
Yang paling bertuah di dunia

Semoga dia bersama
Saat daku pejamkan mata
Saat daku pejamkan mataku
Oh Tuhanku biarlah dia di situ

Oh Tuhanku biarlah dia di situ
Menemani diriku
Saat daku pejamkan mataku

Diriku ingin bersama ke akhirnya
Dan bila daku melamar katalah iya
Hanya itu saja ingin ku dengar
Ku kan ikhtiar terbaiknya untukmu

12.8.11

Next to You


And baby, everything that I have is yours,
You will never go cold or hungry.
I’ll be there when you’re insecure,
Let you know that you’re always lovely.
Girl, cos you are the only thing that I got right now

*and my heart is jumping.. my face keep smiling*

Sharing (Mary Kay Review)

Salam and hello Peeps!!

 Arini aku nak share something ngan korang. Bukan nak menjual. Kali ni just would like to share satu experience yang aku rasa awesome sangatlah (itu pada tanggapan akulah setelah dekat sebulan guna benda alah ni). Anyway,  dua minggu yang lepas, (seminggu sebelum kita orang muslim berpuasa), kawan-kawan aku adalah bawak aku jumpa satu consultant kecantikan ni. Almaklumlah, aku asik terpikir macamanalah nak bagi kulit ni nampak glowing, cearh dan bermaya je sentiasa, eventhough waktu aku rasa unhappy. So, kawan-kawan aku ni bawak la aku jmp dia. Nama dia kak Tikah. Kulit dia memang sangat lembut, putih dan glowing betul. So aku tanya dia, apa rahsia dia. Memula sekali dia senyum je dan tanya aku nak kulit muka aku macamana. So, aku pun bagitaulah seperti yang aku cakap kat atas tu. Then dia keluarakan satu product ni and im sure korang pun tahu la pasal product ni. MARY KAY, tahukan?? kan??.

 Memula tu aku macam malas lakan, sebab agak mahal jugak product ni untuk orang yang gaji tak berapa nak besar macam aku. Tapi, Kak Tikah ni pandai pujuk and dia kata, "Takpe kita try buat skin test dulu, okay?". Then aku pun kata "Okay".

First experience guna MARY KAY ni , dia ajar aku cara-cara untuk cuci muka. Urutan yang bagai mana yang sesuai sebenarnya untuk kita cuci muka. Amazing. Kemudian dia ajar aku cara pakai mask pulak. Untuk pengetahuan korang, mask daripada MARY KAY ni juga boleh dijadikan scrub muka. Bestkan? Jimat duit tak perlu beli scrub lagi. So, after that aku nampak perbezaan pada muke belah kanan dan muka belah kiri aku (masa test skin tu, Kak Tikah suro test sebelah je untuk lihat perbezaannya). So selepas selesai test skin tu. Aku bagitau Kak Tikah aku mahu satu benda yang boleh hilangkan jeragat aku. Dan Kak Tikah perkenalkan aku dengan benda dalam gambar kat bawah ni.

Ini adalah Dark Spot Serum
Serum ini membantu untuk mengurangakn dan mengecilkan jeragat-jeragat yang ada pada muka kita.
Bersaiz kecil 9.5ml didatangkan beserta sarung leather yang cantik.

Dan selepas berbincang dengan Kak Tikah pasal harga dan jenis product untuk kulit aku, aku pun usulkan kepada Mr. Sepet and tahu apa dia kata "ada tak untuk acne? heheh.".Jadi aku fahamlah yang dia bagi aku beli dan aku pun ada bagitahu Kak Tikah untuk beli khas tuk Mr.Sepet. Almaklumlah dia alami masalah acne yang teruk. Eventhough dah pergi buat facial treatment, but still tak boleh selesaikan masalah dia. I hope sangat this product can help him before hari besar kami.

Nak tahu apa jadi kat kuli aku after dua minggu menggunakan product ni?. Sila la tengok picture dibawah. Amacam?

Aku memang ada masalah Eye bag yang sangat teruk. 
Walaupun pakai make up tetap tak dapat sembunyikan.
Sekarang dah semakin berkurangan.
Kulit aku pun makin glowing dan tak kusam.
Yang penting disiplin pakai this product dan minum banyak air.
Tengoklah jeragat dah semakin mengecil.

Jadi untuk mereka-mereka kat luar sana yang nak hilangkan Eye Bag ke, jeragat ke, pimple ke, nak bagi kulit glow ke, berseri dan putih. Aku syorkan product ni untuk korang. Memang tak rugi kalo korang beli product ni. Satu set kecuali pencuci muka boleh bertahan hampir tiga bulan. Dan yang penting kulit memang nampak lebih sihat. Dengan syarat korang kenalah rajin cuci muka at least 2 kali sehari. Tapi kalau korang selesa dengan product yang korang gunakan sekarang, boleh diteruskan. Lain orang lain keinginan rite?.

Nak tahu cara mencuci muka yang betul? tunggu.. nanti akan aku share okay. Sekian.

Teaser of Hana Tajima Shawl (Style Ieka)

Nak tahu macama naak pakai shawl ala-ala Hana Tajima,
but.. tanap perlu neck inner. Masih lagi boleh tutup leleh dan bahagian dada?
Tunggu.. Nanti aku update tipsnya okay!
Sekian.

10.8.11

Best Ke?

Soklan kawan aku.
Aku angkat bahu.. pandang dinding.
Mana aku tau.
Pffffftttttt!

Wednesday Wordless


9.8.11

Seperti Aku


Yes aku tahu... 
Memang tak ada perempuan seperti aku 
tapi yang LEBIH BAIK banyak... 
Memang tak ada perempuan sehebat aku 
tapi yang LEBIH HEBAT banyak.... 
Memang tak ada perempuan secantik aku 
tapi yang LEBIH CANTIK banyak.....

Ada paham sekarang?
Sekurang-kurangnya aku tahu sapa aku.
Kau bukan sapa-sapa untuk berkata apa-apa
Allah dah jadikan aku begini jadi.. kau duduk jauh sikit.
Bulan-bulan pose jgn biarkan pose aku terbatal.
Sekian.

5.8.11

Who Say?

Who says you're not star potential?
Who says you're not presidential?
Who says you can't be in movies?
Who says you don't pass the test?
Who says you can't be the best?
Won't you tell me who said that?

Who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurting?
Trust me, That's the price of beauty
Who says you're not pretty?
Who says you're not beautiful?

Kongsi

Salam Ramadhan.

Hari ni aku mahu berkongsi sedikit info tentang product yang sedang aku gunakan. Produk ni aku rasa dah dikenal ramai sebelum ni tentang keberkesanannya membantu kita untuk menurunakan berat badan secara sihat tanpa diet dengan teruk. Apa produknya? Sila lihat gambar dibawah ya.

Gambar daripada Elken

Okay, ini ialah korset Elken. Aku confirm mesti korang kat luar sana pernah dengar pasal produk Elken kan?. Tak kisahlah barang cucian ke, supplement ke dan sebagainya. Mesti korang nak tahu apa kebaikan korset ni kan?. Okay kat bawah ni aku cerita sikit kebaikannya.


"Mengapa sesetengah pakaian kelihatan hebat pada orang lain tetapi bukan pada diri kita? Anda boleh menyalahkan baka, makan tengah malam yang tetap malah penuaan, tetapi adakah terdapat penyelesaian sebenar?
Dengan rekaan ergonomik Corpsdereve DX, anda bukan sahaja dapat menyaksikan suatu transformasi segera, malah dengan penggunaan tetap, lemak badan anda boleh dialihkan dan ditempatkan semula pada lengkungan menawan.
Corpsdereve menggunakan teknologi Imbasan Garisan Badan dan peralatan pengukuran tekanan untuk mendapatkan sudut 3-D badan manusia. Ia kemudian menentukan daya hubungan ideal bahagian badan untuk kesan pembentukan optimal dan keselesaan. Perisian rekaan berkomputer yang berkuasa serta proses Pengilangan Berasaskan Komputer kemudiannya mencipta satu model ergonomik yang sahih dengan data berkomputer untuk pemotongan-persis fabrik yang berkelajuan tinggi. Tambahan, setiap set Corpsdereve memerlukan 156 proses jahitan yang berlainan di bawah kepakaran 81 orang jurujahit yang berpengalaman.
Berasa hebat secara dalaman dan luaran dengan rekaan les dinamik Corpsdereve DX yang menggunakan teknologi jahitan canggih dari Eropah. Net kuasa yang mengandungi kapas lembut direka untuk pelbagai bahagian menawarkan keselesaan muktamad, keanjalan dan ketahanan. Alami kuasa transformasi dengan Corpsdereve DX dan memiliki potongan badan sempurna hari ini!"

-Sumber *Elken*-

Sebagai pengguna korset ini. Aku memang sarankanlah kepada mereka-mereka yang mahukan tubuh yang lansing, kurus dengan sihat dan tak perlu diet yang teruk. Well, selepas 2 bulan pakai korset ni, banyak perbezaan yang aku alami. Kalau dulu, susah nak butang baju kemeja yang aku gunakan zaman belajar, tapi sekarang dah boleh pakai dengan selesa. Bukan nak memuji korset ni tapi, inilah yang aku lalui.

Selain itu, bukan sorang dua je yang dah pakai korset ni dan berjaya menurunakan berat badan dengan cepat. Malah ramai yang dah beli dan puas hati dengan korset ni. So, kalau korang nak tahu details pasal korset ni, korang boleh emailkan pada aku zulaikh.nc.@gmail.com. Insya Allah aku boleh terangkan lebih details pasal korset ni. Benda baik dan untuk kecantikan kita harus share. 

Sekian.



Tidur

Tidur lena dibuai mimpi

4.8.11

Hey! Gf

Hai semua. Salam Ramadhan. Hari ni merupakan hari keempat kita berpuasa. Alhamdulillah, Allah masih berikan peluang untuk kita semua berpuasa dan beramal. Yang penting pada bulan ni, kita sama-sama boleh tebus dosa sebanyak mungkin dan di bulan ni jugak, kita boleh sama-sama muhasabah diri. Okay, pagi tadi korang sahur makan apa? Aku macam biasalahkan, Herbalife shake, Fitnesse conflakes daripada Nestle dan 1 litre tea mix. Untuk pengetahuan korang, tea mix daripadaHerbalife ni sangat berguna tau. Banyak manfaatnya. Salah satunya adalah mencergaskan otak dan memberi tenaga pada sistem badan. So kurang sikitlah mengantuk kalau kite minum tea mix ni masa sahur di bulan puasa ni. Selain tu juga, tea mix ni membantu membuang angin dan toksin dalam badan. Al-maklumlah, bulan-bulan puasa nilah time tuk kita bersihkan sitem dalaman badan kita selain daripada membersihkan dosa yang ada. (asal aku tulis macam doktor motivasi lak? erk..). anyway, pasal tea mix, nanti aku sambung lagi okay. Actually entry kali ni nak cerita pasal salah seorang Gf aku ni. (Gf tu dalam bahasa melayunya kawan perempuan.. Im not lesbo okay!).

Nak dijadikan cerita, Gf aku ni selalu je la kan kena diperkotak-katikkan oleh manusia sorang yang selalu rasa diri dia perfect (huh! hey man.. please talk to da hand la). So, Gf aku ni selalu rasa down sikit tiap kali makhluk Tuhan yang tak sexy langsung tu duk kutuk dia. Seperti biasa la, aku ni nakal sikit setiap kali mahkluk Tuhan ni duk perkotak-katikkan Gf aku ni, aku mesti akan ajar Gf aku ni menjawab. Bukan apa, aku tak sukalah tgk dia duk buli adik aku yang sorang ni. (hey ko ingat ko sapa?? huh!)

So, untuk dipendekkan cerita ni, aku nak suro Gf aku ni, dengar lagu ni (lirik je mampu mak kasi noq.. nak dengar ko dowload sendir ek). Biar dia rasa yang sebenarnya, dia adalah yang terbaik untuk Bf dia. Yelah, manalah Gf aku ni tak sedih, si makhluk Tuhan yang tak sexy ni selalu kata itu ini, begitu begini pasal Gf aku ni. Yang tak boleh tahan tu, suka kecik-kecikkan Gf aku ni, walaupun Bf kepada Gf aku ni rasa Gf dia dah memang superbb.... best! So untuk Gf aku tu sila baca nota kak bawah (surat chenta dari kakak kepada adiknya)

Dear Gf,
Whatever yang Mahkluk Tuhan tak sexy tu cakap pada you, please ignore ya dik. Kamu seorang yang baik. Kamu juga bijak. Biar apa pun Makhluk Tuhan tak Sexy tu cakap cuba fight balik sebab kami tak mahu lihat kamu sedih sebab dia. Dan sekiranya dia cuba memperkecil-kecilkan kamu pasal Bf kamu, ketahuilah bahawa Bf kamu si A tu selama ni terima kamu seadanya. Dia selalu ada bila kamu perlukan kawan, kekasih, abang dan jugak pendengar setia. Anyway, rupa bukan ukuran yang penting hati. Dia kutuk kita gemuk hakikatnya dia pun badan pun lebih dari kita walaupun hakikatnya dia selalu kata kat kita yang cutting dia adalh cutting MODEL. (masuk bakul angkat sendiri).


Dear Gf,
Mungkin kita baru sahaja berkenalan (tak sampai setahun) tapi, percayalah I tak suka tengok you kena buli dengan Makhluk Tuhan tak sexy tu. I tak suka bila you sedih, you down sebabkan dia. Hey, if that person try to make you feel down again, Please... and please.... dearie Gf please fight for your right. It doesn't matter how difficult or hard you try to "punch" her face back. But at least you try dear dan biar dia tahu yang you bukanlah orang yang mudah diperkotak-katikkan. 


If you feel down. silalah dengar lagu ni. According to you. Dan you akan rasa okay nanti. Okay?


According to You- Oranthi.

According to you, 
I'm stupid, I'm useless, I can't do anything right. 
According to you, 
I'm difficult, hard to please, forever changing my mind. 
I'm a mess in a dress, 
Can't show up on time even if it would save my life. 
According to you, according to you. 

But according to him, 
I'm beautiful, incredible, he can't get me out of his head. 
According to him, 
I'm funny, irresistable, everything he ever wanted. 
Everything is opposite, I don't feel like stopping it. 
Baby, tell me what I've got to lose? 
He's into me for everything I'm not, according to you. 

According to you, 
I'm boring, I'm moody, and you can't take me anyplace. 
According to you, 
I suck at telling jokes 'cause I always give it away. 
I'm a girl with the worst attention span 
And you're the boy who puts up with that, 
According to you, according to you. 

But according to him, 
I'm beautiful, incredible, he can't get me out of his head. 
According to him, 
I'm funny, irresistable, everything he ever wanted. 
Everything is opposite, I don't feel like stopping it. 
Baby, tell me what i've got to lose? 
He's into me for everything i'm not, according to you.

I need to feel appreciated, that I'm not hated. Oh, no. 
Why can't you see me through his eyes? 
It's too bad you're making me decide.

But according to me, 
You're stupid, you're useless, you can't do anything right. 

But according to him, 
I'm beautiful, incredible, he can't get me out of his head. 
According to him, 
I'm funny, irresistable, everything he ever wanted. 
Everything is opposite, I don't feel like stopping it. 
Baby, tell me what I've got to lose? 
He's into me for everything I'm not, according to you.

Yeah, yeah, according to you. 
Yeah, yeah! 
According to you, 
I'm stupid, I'm useless, I can't do anything right.

Your Sincerely,
Me

Dan untuk Bf kepada Gf aku tu. Babe, I tahu you memang selalu ada dengan cik Gf. Please ya, sentiasa jadi telinga yang baik sampai bila-bila. okay?.

So, sampai sini sahaja, mintak maaf kalau ada salah silap. Selamat berjuang.

Sekian.


3.8.11

Salah Siapa?

Hai. Arini tak boleh nak wordless la.. tak jadi. Sebab aku baru je lepas baca metro *tak sure bila punya* pasal ulasan si Jejari Runcing berkenaan isu putus perhubungan. At first aku rasa mungkin si KFCM dah tak tahan kot sebab tunang dia malukan dia kat fb. But lepas baca ulasan kat metro tadi. Aku rasa macam tak adil sikit lah. Yelah, if betul nak putus tunang, he should come to see her face to face. Instead of telling her ur decision via newpaper *Nonsense la perangai ang*.

So, nak dijadikan cerita, aku pun pakat pulunlah baca metro tu sampai kesudah. Sekarang ni kita sebagai orang luar tak tahu dah salah siapakan. Nak kata salah KFCM sepenuhnya pun bukan, salah si Jejari Runcing pun tak jugak. Mungkin dah tak ade jodoh. Tapi mungkin ada penjelasan yang lebih baik pasal putus tunang ni kan?

Pernah ada oarang tua-tua cakap majlis tunang ni tak perlu diheboh-hebohkan. Kena buat simple-simple jek. Tapi pada aku bukan salah majlis. Kalau orang berkemampuan dia boleh nak buat sebesar mana majlis yang dia nak. Dia boleh ajak sapa yang dia nak. Itu pendapat aku. Tapi tulah orang kata, kalau dah takde jodoh, sorok macamane pun still, tak kan jadi juga perkahwinan tu.

Okay isunya sekarang, mungkin KFCM tak bersedia lagi kot nak mendirikan rumah tangga. Al maklumlah muda lagi dan sedang banyak peluang yang menanti kat depan. Atau mungkin memang betul KFCM dah ada yang lain?? entah itu aku tak pasti. Yang pastinya, aku nak tahu sangat salah siapa ek??

But to both of you, semoga korang berdua jumpa jalan yang terbaik. Kalau betul nak putus, putus cara elok, cara beradat. Kalau nak teruskan try buang yang keroh amik yang jernih. ece.. ecehh... aku nak nasihat lebih-lebih, aku pun tak berapa nak pandai sebab aku pun masih tunangan orang. Tapi apa-apa pun aku doakan yang terbaik tuk diorang berdua. Amin

Sekian.

Wednesday Wordless


Wednesday Wordless.

2.8.11

Over

Hai semua. Salam Ramadhan. Arini merupakan hari kedua kita sebagai umat islam berpuasa. Macamana firts day semalam okay ke?? Aku, Alhamdulillah.. dapat bertahan dengan baik. Well, aku rasa semalam puasa aku tak berapa nak memberansangkan gara-gara, satu makhluk yang berperangai bagus. Hmm... kat dunia ni kan macam-macam perangai manusia. Tapi, had yang ni memang aku dah tak boleh nak tahan. So, setiap kali dia buka mulut akan dapat tentangan dari aku sebab segala kesilapan dia, dia bantai tunding jari pada orang lain. Tak professional langsung!. Enough la cerita dia. Tercemar blog ni sebab dia kang.

Okay, anyway arini aku nak share pasal mimpi over aku. Almaklumlahkan, lagi beberapa bulan jek nak jadi Mrs.Sepet. hehehe. Semalam aku mimpi aku berjalan dalam dewan dengan Mr.Sepet dan diiringi flower's gurl yang cmey-comey dan ramai sangat orang datang untuk lihat kami bersanding *bajet artis la kan* . Baju aku toksah cerita.. cantik macam Princess *gaya cakap mcm Shahiezy Sam dalam Sekali Lagi* heheheh. Mr.Sepet plak, segak macam Prince Charming. Tapi aku tak tahu apa kesudahan mimpi aku tu. Sebab sedar-sedar jek, ibu aku dah kejut makan sahur. heheh.

Bercerita tentang sahur, pagi tadi korang sahur makan apa? Aku sahur hanya ambil shake herbalife dengan fitnesse conflakes by nestle then minum tea mix 1 litre. heheh. Bulan pose ni aku harap sistem dalaman badan aku ni dapat dibersihkan dan kurang sikit toksin-toksin yang banyak tu. heheh.

okaylah sampai sini sahaja cot cet cot cet aku. sok-sok aku cerita lagi ya. Sekian.

P/S: Raya tahun ni, confirm aku dan Mr. Sepet pilih warna Peach/Oren.

1.8.11

Kelebihan hari di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan untuk semua. Arini aku nak kongsi sedikit tentang kelebihan orang yang berpuasa dan di malam harinya pula ke masjid/surau atau mungkin dirumah sahaja menjalankan solat tarwikh. Setiap malam berlainan ganjarannya. So, jom kita sama-sama share kebaikan dan manfaat yang kita perolehi kalau kita rajin melakukan solat tarawikh dibulan yang mulia ini.

Malam pertama:-
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.


Malam kedua:-
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.


Malam ketiga:-
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.


Malam keempat:-
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.


Malam kelima:-
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.


Malam keenam:-
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut 

sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh:-
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.


Malam kelapan:-
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.


Malam kesembilan:-
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W


Malam kesepuluh:-
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.


Malam kesebelas:-
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.


Malam kedua belas:-
Muka bercahaya di hari Kiamat.


Malam ketiga belas:-
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.


Malam keempat belas:-
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.


Malam kelima belas:-
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.


Malam keenam belas:-
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.


Malam ketujuh belas:-
Diberi pahala seperti pahala para nabi.


Malam kelapan belas:-
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.


Malam kesembilan belas:-
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.


Malam kedua puluh:-
Diberi pahala para syuhada dan solihin.


Malam dua puluh satu:-
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.


Malam ke dua puluh dua:-
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.


Malam kedua puluh tiga:-
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.


Malam kedua puluh empat:-
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.


Malam kedua puluh lima:-
Dihapuskan dari seksa kubur.


Malam kedua puluh enam:-
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.


Malam kedua puluh tujuh:-
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.


Malam kedua puluh lapan:-
Allah mengangkat dengan seribu darjat.


Malam kedua puluh sembilan:-
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.


Malam ketiga puluh:-
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.

*sumber dari 
blog ini.


So, mari kita sama-sama kumpul seberapa banyak pahala yang boleh dibulan Ramadhan sambil beringat dan sentiasa mendoakan kepada mereka yang dah takde. Al-fatihah. Semoga roh diorang tenang disisi yang satu.

P/S:Bulan Puasa ni, mereka pulang untuk lawat anak cucu. *miss them a lot*