Pages

Followers

31.12.10

Various ME!







2011 W.I.S.H.E.S

Tinggal lagi beberapa jam je kita nak sambut 2011. Dan segala yang terjadi pada 2010, perlu kita simpan kemas-kemas dan simpan dalam sejarah. Tahun 2010, banyak mengajar aku erti HIDUP. Eceh.. ayat kau nak poyo je kan ieka. Okay anyway, betul la kan? kita man bole pandang belakang(bahaya... t nampak benda tak baik)... eh, bukan. Maksud aku.. kita mana leh nak kembali ke masa-masa yang lepas.. ni bukan cerita back to the future.... hehehhe :P

So... untuk 2011 ni.. aku berazam tuk beberapa perkara. Azam tahun 2010, ada yang tercapai.. ada yang tak. Contohnya:

1. Kelas mandarin masih lum tak tercapai.
2. kerja yang baik dah aku dapat setakat ni walaupun masih contract aku bersyukur.
3. Kereta SENDIRI belum lagi.. tapi Insya Allah bakal menyusul.
4. Holiday wif my BFF pun xsempat.. cox we all too BZ

So yang mana lum tercapai tu akan aku bwk ke tahun 2011 disamping azam yang baru. 2011 akan aku jadikan titik permulaan untuk hidup yang lebih baik. Antaranya:

1. Jadi Muslimah yang lebih baik.




Bukan sebelum ni aku tak baik. Tapi, aku berazam untuk tahun 2011 ni, Insya Allah dengan kuasa dari-Nya, aku mahu ubah jadi yang lebih baik kepada Allah, Diri Sendiri, Keluarga, Soulmate, Kawan2 da orang sekeliling aku. Aku mahu lebih mendalami segala ilmu kerohanian. Well, aku ngaku aku byk lalai sebelum ni. Terlalu lalai aku rasa. Oleh itu, aku harap tahun baru ni aku dapat jadi manusia lebih baik dan berguna dari tahun sebelumnya. Insya Allah. Mungkin sudah masanya aku berubah. Kenapa aku pilih azam ini, sebab aku tahu, kita kat dunia ni dah semakin suntuk... semalam aku ada tgk cerita Semanis Kurma kat channel 9, bila ustaz tu ckp "Manusia yang bijak adalah manusia yang selalu memikirkan tentang kematian". Time tu betul2 terdetik hati aku, untuk jadi insan yang lebih baik. Insya Allah. Moga Allah berikan aku peluang untuk itu. (Soulmate.. Maybe my time dah smp tuk I berubah.. not totally different but become a better person, I still the same baby gurl that u know 7 years ago.. but, i wanted to be better person before we get married cox i xnak nanti.. i akan jadi isteri yang derhaka pada you, agama dan family... i knew, that u takkan halang segala kebaikkan yang i inginkan.. Insya Allah.)


2. Perkahwinan




Aku pernah plan ngan soulmate tuk berkahwin pada tahun 2011. Dan ak harap 2011 ni akan lebih mematangkan kami berdua. Moga kami cukup duit nak akhiri perhubungan ini kepada sesuatu yang lebih diberkati. Insya Allah. (harus kumpul duit dengan segera).

3. Kuruskan Badan 




Aku mahu sekurus Nasha Aziz. Bukan aku tak bersyukur dengan badan aku sekarang, cuma aku mahu yang lebih baik untuk diri sendiri. Aku mahu nampak lebih yakin dan selesa bila berpakaian. Semoga azam ini akan jadi 1 kenyataan sebelum berakhirnya 2011. (harus start simpan duit tuk herbalife).

4. Stabilkan Ekonomi dan Simpanan




Ak sangat BOROS. Aku sangat suka membazir dan yang itu harus aku tinggalkan. Aku mahu mula menabung tuk masa depan. Aku harus mula fikirkan masa depan aku dan mungkin keluarga aku. Aku harus bijak berbelanja selepas ini. Beli yang perlu sahaja. Kalau ada duit lebih baru boleh beli mengikut kehendak. Harus control mulai sekarang IEKA!

5. Stabilkan Business




Business yang aku mulakan ujung raya aritu harus akau stabilkan. macamana? harus aku kaji semula kehendak dan kemahuan semasa. So akan aku kaji lebih lagi baik dari segi Jualan Herbalife mahupun Keronsang. Mungkin aku boleh jual Shawl jugak dan matchkan dengan keronsang. Plannya harus aku kaji balik.

So itulah azam terbaru aku. Semoga Allah memberikan aku petunjuk dan jalan yang diredhainya untuk aku berubah menjadi yang lebih baik. Menjadi manusia yang lebih bersyukur dan kuat menempuhi segala dugaan yang diberikan. Jadi apa azam korang pulak? doa ak supaya azam korang akan tercapai. Insya Allah. Amin.

P/S: Semoga Tahun 2011 bgi kebaikkan pada kita semua. Amin.

Shawl & Syria Inner Collection

Arini aku nak kongsi sedikit pasal shawl collection aku. Mungkin tak sebanyak orang lain. Tapi aku still nak kongsi. Dan Insya Allah aku berhajat tuk tambah collection aku. Mana tau kot2 ada yang berkenan nak wat i jadi model shawl. wakakakak (amin!)
















Okay nilah shawl2 yang aku ada.. hahah sikit je baru.. 50 helai... ada yang aku tak upload gambarnya sebab aku basuh.

So, kat bawah ni inner syria pulak. Aku ada 20 helai inner syria setakat ni dan aku plan nak cari lagi yg lebih byk colour yang cantik!


Actually.. aku dah lame kumpul shawl cuma lately ni aku sgt nak cari hobby baru yang aku rasa harus berbalaoi dengan pengeluaran duit aku. hahahha... jadi bukan sahaja aku ada shawl yg cantik2 malah untuk tahun 2011 ni aku nak ubah ckit penampilan. Bagi nampak cantik dr sekarang. Improving my self. Tak salahkan. (soulmate... i knew.. even i tak cantik.. u still syg i.. thanx for the luv that u bring for me.. mmuahx!)

So.. inilah yang aku nak share ngan krang. Hope aku dpt kumpul lagi byk design yang cantik2 for next year.

P/S: kepada peniaga2 shawl & syria inner. Kalo ada koleksi terkini.. sila komen or tegur2 sy ya. Mana tau, sy akan jadi pembeli setia anda.

Shawl Tutorial #1

Morning peeps!!...

Semalam aku dah dapat shawl aku yang aku beli dr kawan aku melalui FB nya (LoveIsChenta Shoppe). Dan semalam jugak aku dapat Syria Inner aku yang aku beli dr Kak Ita (kakak  kat opis aku). Total shawl aku semuanya adalah 50helai dan Inner ada 20 helai. hhahah Aku plan sehingga hujung 2011 nanti.. aku harap aku dapat kumpul 100helai shawl dan 50 helai inner. hehehe (soulmate.. sila jangan marah.. i got new hobby for 2011).

So since aku memang selalu pakai shawl g kije (walaupun tak cantik.... aku tau tapi aku pakai jugak!).... so.. one of my friends kat opis nama dia DIRA.. ask me to teach her nak pakai shawl sbb her bf, nk tgk awek dia pakai (Dira.. plz ask Ayep pasni byr i jadi cikgu shawl u okay... nghe.. ngeh.. ngeh).

So here i am... i come out ngan tutorial secara picture je k... nak video, i malu!.. so let's start our class guys!

Cara-cara pakai Shawl ala-ala Siti Nurhaliza.


1. Sediakan Inner Syria, Plain Shawl (i prefer cotton), pin peniti dan pin keronsang.

Inner Syria

Plain Shawl

2. Then bila dah ada semua yang nak digunakan, pakai inner syria tu terlebih dahulu.

Abaikan ye kalo model xcantik!

3. Adjust plain shawl anda dan letakkkan diatas kepala. Kemudian, ambil salah satu penjuru shawl dan kemudian pinkan diatas kepala dengan pin peniti

Pinkan ditengah2 kepala.

4. Kemudian, naikkan shawl yang anda jatuhkan terlebih dahulu tadi keatas kepala semula. Dan adjust kedudukannya supaya anda berasa selesa.

letak seperti ini.

5. Then, pinkan dengan mnggunakan keronsang dibwh dagu mengikut keselesaan supaya shawl tidak jatuh.
6. Lilitkan shawl selebihnya dan pinkkan dengan menggunakan pin peniti di kepala juga.
7. Hasilnya kelihatan seperti anda memakai 2 helai Shawl.

Adjus kedudukan shawl supaya selesa

Pinkan penjuru Shawl dikepala sekali lagi.

Inilah hasilnya.
Selamat Mencuba.

So... inilah hasilnya. maaf ye kalau model agak kurang cantik. Aku memang pun tak cantik. So, my dearie Dira.. hope this toturial will help u okay darl. Selamat mencuba.

P/S: Aku pun baru belajar. If ada cara yang lebih best. sila-silalah kongsi ya.

30.12.10

Cuti!! Thanx Harimau MALAYA!

Yahooooo!!!! kerana kehebatan anda.. dan anda.. dan anda semua.. kami rakyat Malaysia diberi 1 Hari cuti sempena kemenangan anda semua. Anda... hey!! anda si Harimau Malaya seluruh team itu... sy kagum dengan anda okay!!!

Safee...... Shaari.... FAHMI (harus mention dengan kuatnya kerana anda paling hebat kat mata sy sekarang)...Razman.... Fadhil... Kuna... Norshahrul.. Izzaq.. Amri.... Semuanyalah!!! sy suka anda semua... hehehe....

 Thanx sbb perform dengan hebat dan Thanx sbb anda bersungguh2 untuk menang! yehaaa....!!

P/S: sok blh rehat..dan tak bersesak2 ngan orang yg nak sambut new year bila balik kije. lalalal

29.12.10

Tahniah MALAYSIA

Tahniah kepada team MALAYSIA.

Anda semua betul2 hebat!!! Terpaling hebat adalah FAHMI si penjaga Gol. Spesies mata sepet-sepet ni memang pandai main bola (weh.. xde kena mengena tau Ieka).

SAFEE pun hebat dapat kasut EMAS lagi. Well, dah lama kot kita rakyat Malaysia tunggu berita yang hebat macam ni. Aku memang buka  pengulas sukan.. tapi aku bangga dengan mereka. Meraka HEBAT!

AMRI pun hebat, SAFIE jugak.. RAZMAN, SAFIQ, IZZAQ, KUNA, dan FADHLI jugak! (yg sy tak sebut tu sorry ek.. lupa nama)... Tapi..... anda.. dan anda.. kesemua pemain bola untuk MALAYSIA sangat hebat mlm ni!

Tak lupa untuk coach dan assitantnya, anda telah bagi latihan dan tips2 yang hebat pada mereka! Steadylah Raja Gopal. Andalah lelaki Hebat untuk Disember 2010 ni.

P/S: So.. Skunk org I**** nak kata Malaysia bwk Bomoh plak ke kesana? Haih! Nonsense.

End Year Shopping!

hahahah... Gumbira rasa hati ni.. kenapa? Sebab, dihujung.. hujung tahun ni aku dapat gak Shopping shawl baru. Actually dh lama gak aku tak beli shawl baru. Sekali aku order.. ha.. hambik sekali 6 helai. hahah tak tahan weh! shawl cantik2 kot (nanti kalo dah dapat aku upload gambarnya okay!). bukan shawl je aku beli. Aku siap beli Inner Syria yang cotton tu 10 helai (maaflah soulmate... lama dh i nak beli.. this time aroud xleh tahan r.)

Aku beli 2 heali shawl anting2 tu.. dan aku memang tak tahu nak pakai. So, semalam belek2 FB, tertengok adik soulmate pakai shawl mcm tu... hahahah apa lagi, aku pun mintak la tolong dia ajar. Siap share dengan die pasal shawl aku beli & inner tu. hahahah Perempuankan. Sagat cantik okay bila adik die pakai shawl tu. Bukan sbb dia adik soulmate. Tapi memang cantik. KAGUM tau!.. So, bila dh dapat t, aku akan cuba membelek2 shawl tu dengan teliti supaya aku pun dh pakai sekemas dan secantik adik soulmate. Owh.. lupa nama si cantik tu Intan. Tapi, dia pakai apa pn memang cantik sebab dia memang cantik (soulmate sila belanja sy sbb sy dh puji adik.. apa kena mengena?)

So, aku memang tak sabo nak dapat shawl & inner baru tu. serious ly murah okay. Shawl 6 helai cuma RM 67 dan Inner 10 helai hanya RM 70. Total adalah RM137. Kalau kita suka mahal atau tak kita akan rasa benda tu berbaloi rite? hehehehhe (ayat nak sedapkan hati sebab duit dh melayang)

So... tunggu next post tuk aku upload pic. Shawl tu. Kalo korang rasa tak lawa pun, aku tak kisah sebab mata aku kata shawl tu lawa... buwekkkk :P

P/S: owh! RM 7 Kak Bee belum bagi lagi. Akan segera bagi.

26.12.10

Tindih

Pernah tak korang kena tindih masa ngah tidur? haih! seramkan? well like seriously, smlm aku baru saja ditindih masa sedang tidur. Takot sgt tau. 2 kali pulak tu aku kena. Haih! Apa sebab ya orang kena tindih ni?... ada sapa-sapa tau tak? Tapi aku ada gak cari-cari kat google pasal tindih ni. Seram la kalo baca. Tapi takpe jom kita sama-sama tengok apa punca-puncanya:

Simptom-Simptom Terkena Gangguan Jin



1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
42) Sakit tulang belakang tanpa sebab.
43) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.
44) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
45) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.
46) Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.
47) Timbul rasa takut tanpa sebab.
48) Sering pengsan tanpa sebab.
49) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
50) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).
51) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
52) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
53) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.
54)mimpi terbang,air sungai,laut atau air bah

Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan diatas,maka anda sedang terkena gangguan jin berikhtiarlah dengan perawat islam yang berdekatan.

24.12.10

Final Runner UP

Congratz to All of You!
*scorer sy berdiri 2 dr kiri*
Dia Score 5 gol dari 9 Gol.
Steady la korang!

P/S: Gambar ni sumbangan dr Team Futsal Salak Selatan.

Training


Next week, my schedule pack dengan training. Start from 27 Dec 2010 to 31 Dec 2010. Ada dua training yang akan berjalan. So training apa? Nak tahu sila Scroll down ek.

1.
Types of Training : Oracle Database 11g Administration 1
Date: 27 Dec 2010 To 31 Dec 2010
Time: 9.00 am to 5.00pm
Venue : Training Room 1,
             Level 1, (Left Wing)
             No. 9 Jalan 3/146,
             Metro Centre, Bandar Tasik Selatan,
             57000 Kuala Lumpur.

2.
Types of Training : Liferay Portal
Date : 30 Dec 2010 to 31 Dec 2010
Time : 9.00 am to 5.00 pm
Venue : Training Room 3,
             Level 1, (Right Wing)
             No. 9 Jalan 3/146,
             Metro Centre, Bandar Tasik Selatan,
             57000 Kuala Lumpur.

So untuk maklumat lanjut leh tinggalkan komen kat bwh okay. Daaa...

P.O.S.T.P.O.N.E.D

Postponed bunyi tangguh. Apa yang ditangguh? Hari penting aku dan Soulmate. Kami tangguh sebab, banyak benda yang datang secara mengejut atau org puteh kata Ad-Hoc. So, mungkin date yang kami dh bincangkan tu tak seswai. Tapi aku tak kecewa pun. Apa tah lagi rasa sedih. Aku anggap ni semuanya ada hikmah disebaliknya. Well, bagus gak kami tangguh. Sekurang-kurangnya, blh wat preparation yang much better than sekarang. Heeeee.... (tapi baju & cincin dh ada.. kalo nak tukar blh?.... nak makan penampar sila mintak ieka.. heee).

Bagi sesetengah orang, kes tangguh menangguh ni tak elok. Kononnya, ni antara punca-punca nak berpisah. Iskk... aku lebih percaya Qodo' dan Qadar. Aku lebih percaya kuasa Allah. Dan aku yakin semuanya yang terjadi, Allah lebih tahu yang terbaik. Sekiranya, kami takde jodoh, kami redha. Tapi setakat ni Alhamdulillah. Walaupun kami tangguhkan majlis ni. Kami masih macam biasa. Ke majlis perkahwinan kwn2 bersama-sama sekiranya diundang. Keluar lepak bercerita bertukar pendapat mcm biasa dan yang palin penting, kami masih syg menyayangi antara 1 sama lain macam biasa. Tangguh bukan alasan tuk kami BERPISAH.

Well, Insyallah kami plan tuk held that majlis dengan secepat mungkin. Bukan ape, dah 7 tahun kami kwn, rasa eloklah kami ni disatukan. heheheheh. Untuk majlis kawen, kami plan bln Dec 2011. Hahahah... berangan ko kan ieka. Tapi tulah plan kami. Kalau diizinkan Allah, itulah yang kami hajatkan. So, semuanya terpulang kepada kuasa Allah. Kami cuma merancang, berusaha ke arah itu dan tawakal. Yang lain, hanya Allah yang tahu.

So, pada sesiapa yang dirisik, merisik, bertunang, ditunang, berkahwin dan mengahwini.. Selamat aku ucapkan untuk semua. May all of u, happily ever after. Yang baru dpt baby.. Congratz. Moga pasni korang lebih bahagia dengan kehadiran si Comel tu. Tatatata....

23.12.10

W.E.E.K.E.N.D

Dimulakan dengan aktiviti berjogging
Lokasi: Taman Metropolitan, Kepong
^__^ 
Slim X? heeehhee

Aksi pelari Malaysia.
Beloved Maksu!

 Sebelum tengok wayang cerita
"Hantu Kak Limah Balik Rumah"
Aku tgk 2 kali okay cerita ni!

Jalan-jalan kat Putrajaya
Then singgah ke Alamanda.

Amal the cutest wif Maksu

Sister & Best Friend.
We talk a lot, We shop a lot.
we share everything and keep it as secret!

Not to forget
My yougest brother

P/S: Kemana lagi weekend ni?
Sedang Plan.

TAK PERLU TAHU

Gambar ni Amik dr Pak Google!

Anda bukan team dengan sy. 
Anda tak perlu tahu mcmana sy bekerja.
 Anda bukan BOS ditempat sy.
Anda juga bukan BOS ditempat anda.
Jadi duk la diam-diam.
Urusan kerja kami 1 team anda tak payah monitor.
Kami ada BOS yang lebih layak tuk bagi arahan daripada anda.

Eleh.. macam la anda tu deliver kije 100% perfect!
Yang lebih kami tak boleh Blah.
Anda yang hanta "benda" tu ke kedai.
Anda yang buat tempahan dengan alasan sy tak pandai kije secara PROFESSIONAL.
Last-last anda kata sy pulak yang hantar.
Meh sy cakap cam ni 'Wak Lu Derr.."
Tapi.. tak pelah. Andakan memang tak pernah ngaku salah.

Kami dah lali. 
Smp Kije BOS sy pun anda pertikaikan.. 
Ape Kes lu derr?
Anda dibayar gaji tuk menyibuk urusan orang?
owh! kalau begitu tak pelah.

Tapi kalau anda nak tahu.
Kami sekarang dh tak pedulik ngan Anda.
Tiap kali anda 'Ngok ngek.. Ngok ngek" yang bukan-bukan
Kami hanya gelak bersama-sama sbb kami kesian dengan anda.
Anda ni suka buat kije lebih2 sgt.
Patut dr dulu lagi anda pilih jadi Kaunselor.
haih! 
Moga anda gumbira.


P/S: Dah ada mangsa baru. Tapi kami akan protect dia anda jangan wisau.

7 + 1

It's been 7 years we shared everything as friends. Well dear, honestly i feel so comfortable wif u. Dun asked me y? becox... deep in me.. i found u. When i looked at u. I see me in u. It so difficult to descroibe... But i knew that u know how i felt.

^___^

So... Dah 7 tahun ni.. i expect u dh kenal sangat how i am kan?. U know how to handle me rite? u know how to make me smile kan? dan kamu sgt tahu mcmana nak calm me down bila sy sgt susah hati tentang sesuatu perkara. Well u know me more than i know my self. (seriously!).

Thanx for be here always. The laugh that u bring, the smile that u give and the spirit that u put inside me really buat i rasa alive! selain dr my big MD'S and OTHMAN'S family members. Your family and u r my strength now. (peh! ko kdg2 poyokan ieka)..... Thanx again Darling!

So, nothing else to say juz wanna wish u " Happy 7th celebration as friend and Happy 1st anniversary SOULMATE! luv ya.. yes! i do.

P/S: 22 Dec 2010- Genap 7 tahun sbg kwn dan 1 thn sebagai kekasih. Sy kagum dengan kamu!

17.12.10

Muka

Muka ni kejap kurus.. kejap gemuk.. hahahha ape aku merepek? Actually, aku kadang-kadang confius ngan muka aku ni. Ada masa, muka aku ni nampak sangat cengkung.. tapi bila bergambar tak la pulak cengkong. haih! tapi kekasey perempuan aku, si Ayu selalu pesan mcm ni...

Ayu: Yayang, u diet tapi make sure muka jangan cengkong ya. Nanti tak cantik.
Aku: Okay Yayang.

Tapi, kadang-kadang aku sendiri confius sama ada muka aku ni maintain ketembamannya atau tak. Kalau ikutkan pendapat aku... muka aku ni memang la tak kurus. Sebu, pipi mcm kuih apam. (bukan dr dulu ke ko mcm tu ieka oooiii). Badan memang susut muka aku rasa mcm tak, tapi ada kakak opis aku kata muka aku cengkung ketara sgt. huhuhuhu (sy suka muka sexy).... buweeekkk!

So, korang tengok dan nilai sendiri la melaui gambar2 kat bwh ni, sama ada aku ni muka dh kurus ke.. maintain.

Ketembaman yang meneyerlah.
Macam bola!

Masih tembamkan?

So, Yayang samakan? muka i tak cenkong. hehehhe (hakikatnya susut kot.. tengok tulang pipi tu dh tinggi... dh ade bentuk kat tulang tepi)

Tapi, aku bersyukur sbb orang still kenal aku. hehehehheh... (lain lah kalo ko tu kurus sgt2.. skunk pun gemuk lagi la ieka)

P/S: akan usaha tuk kurus dan kurus. Owh! Irma Hasmie. (apahal.. xde kena mengena)

December Awesome... Welcome 2011

Pic. sexy dr pak Google.

December dah nak sampai penghujung. Well, banyak benda yang terjadi tahun 2010. Terlalu banyak kenangan sepanjang 2010 ni. Yang indah yang kurang indah yang hodoh.. semuanya tersimpan dalam seribu satu memori hidup kita. Biarlah apa saja yang terjadi, aku akan tetap teruskan hidup. Heee.... life it's about experience kan.... so, do not regret with it tapi... cuba kita keep all the memories & experiences tu sebagai sesuatu yang bakal kita share ngan anak-anak dan cucu cicit kita nanti. Cheh! tunang pun belum ada hati nak cerita pasal cucu cicit.

Sepanjang 2010 ni, aku sangat-sangat puas hati sbb banyak kenangan yang indah dari yang hodoh. Yang hodoh tu.. dah aku magickan jadi indah setiap kali aku jmp dan berbual ngan soulmate. Dia kira mcm Painkiller aku bila sedih. Thanx heart.

2010 jugak aku kenal apa itu hidup. Bukanlah aku tak kenal hidup sebelum ni.Tapi sejak aku bekerja ni, aku lebih mengenali apa itu hidup dan apa itu namanya kawan. Kawan blh jadi orang yang sangat setia dan sangat baik dengan kita. Tapi, bila ada dendam.. kawan juga boleh jadi musuh no. 1 kita. heeee... Aku merepek apa.. ntah .. tapi betul la kan. Korang mesti penah alami situasi "KWN makan KWN". Bukan makan buat lauk ye. heheheh... Tapi, bak kata orang tua-tua... Hidup ni banyak cabaran. Jadi... yang baik kita simpan , yang hodoh kita buangkan.. (nasihat orang konon). Yang penting, kita tahu apa kita mahu dlm hidup ni.

Aku berharap 2011 akan bawa 1 perubahan besar dalam hidup aku. Dari segi kerjaya ataupun kehidupan. Aku ni angan-angan nak ade family sendiri. Weh!! jealous okay tgk org ade anak dh. Ada suami, padahal sebaya aku. huhuhu... Soulmate.. ehem.. ehem.... u fhmkan?? *tiba-tiba*. Aku pun harap supaya aku ni di Permanentkan dengan cepat. Bukan contract tak best. Tapi kalo permanent tu... tak lah aku nk wisau, adakah contract aku disambung lagi. *blur*.

So, since December ni masih ada, aku harap aku dapat cepat-cepat grab azam aku tuk tahun ni sebanyak mungkin. Mana yang tak sempat tu, kita bwk ke tahun hadapan ye. (seperti biasa la kan). So, apa azam korang tuk tahun depan? wish u all happy new year & have a blast in 2011. See ya!

Sy menanti hari indah!

14.12.10

Down

Kekecewaan sy tak terbendung arini

















Entah.
Sekian.

Scorer of my Heart.. *wink*

yeay!! Team Soulmate dapat No.2 mase tournament ex-SDARA Futsal last Sunday! seriously... they all semua tak expect dapat masuk Final! Steady la korang! Pewwittt!!... yang paling best... 5 daripada 9 gol ( kalau tak silap tu la gol total sepanjang game) soulmate yang sumbangkan okay... pergh!! steady betul kekasey + best friend sy ni... kamu memang scorer hati sy!

Medal ni cun wooo..

Sekolah Menegah Datuk Abdul Razak (SDARA)

Okay meh aku cerita sikit ape benda SDARA tu.. Aku pun kurang arif bab ni sebab tu bukan skola aku. SDARA ni sebenarnya stand for Sekolah Menengah Datuk Abdul Razak. Letaknya kat Seremban. Sekolah ni khas tu bdk-bdk laki jek. Kalau korang pmpn.. korang memang jangan berangan nak masuk sekolah ni ye. Ni sekolah bdk2 pandai tau. Ye.. ye.. soulmate lebih bijak dan pandai dari aku. Die best student mase kat Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Batu, KL. Ala... sekolah bdk lelaki yang depan bangunan Sime Darby tu.. yang sebelahnya sekolah khas kanak-kanak penglihatan tu. Tahu tak? tak tahu cari kat Google.

So.. disebabkan dia pandai.. dia dapat masuk SDARA ni. Weh! sekolah ni memang hebat kot. Budak2 selain dr hensem (biarlah.. aku nak ckp soulmate aku dan kwn2 dia hensem lalalalal....), mereka sangat pandai. Tengok la kwn2 soulmate.. masing-masing kije.. hebat2.. Dentist la.. Doctor la... Engineer la... (aku sangat termalu-malu bila aku duduk ngan diorang .. sebab aku bukan bdk sekolah pandai.. Sekolah aku Blacklist hal disiplin kot). Walaupun dah 8 tahun lebih diorang tgglkan sekolah.. tapi hubungan diorang rapat, macam adik beradik. Aku sangat Tabik spring dengan diorang bab tu. Owh! ya.. kalau korang nak tahu... salah sorang kawan soulmate kat SDARA tu.. Best Friend Soulmate adalah kwn sekolah sekelas aku dulu (dia ingat aku lagi tau!)... So, aku yakin.. disebabkan keakraban diorang ni yang duk berchenta main futsal tiap2 minggu.. menyebabkan mereka menang! yeay... hoyeh!.....

Rantai baru.. cantik sangat!

So.. memandangkan aku ni GF kepada Soulmate... Jadi aku pun diberi kelebihan untuk memegang medal yang dia dapat (penting sangat ke?) heheheh... dan aku pakai okay medal tu semalam. Rasa bangga kot sbb soulmate aku ni scorer.. pergh!! hebat kan?? mustilah.. (lantak la.. nak gak cakap die hebat). Tapi... dalam hebat2 dia tu.. dia alami kecederaan. Kena Muscle Pool. Sangat sakit aku tahu sbb tgk die jalan pun aku tahu die sakit.

So.. bile die dah sakit cmtu.. aku memang la sangat wisau. Hope soulmate cepat baik. Kaki tu need rest la b! Blh jgn g futsal tuk sebulan?? i tau ur answer.. NOPE!.. cepat sihat k.. tak sanggup tgk u sakit. :(

P/S: Kaki nak kena X-ray!