Pages

Followers

28.11.10

Wayang dan Shopping

Hye! Sehatkah semua? Aku okay jek. Baru lepas menimbang berat badan aku dengan coach peribadi aku, cik Nirda. heheh... nampaknya, setelah raya dan makan dengan hebat tanpa diet yang aku patut lakukan berkuat kuasa minggu lepas, telah menyebabkan berat naik 2 kg. Hampeh tul... tapi aku timbang tadi ngam-ngam lepas makan. hahahha.. mean, memang la naik kan?? buwekkk!! xnak ngaku yang berat tu dah naik. Terang=terang yang visceral fat kau pun dah naik 1 level lagi. tak nak ngaku lagi tu. dari level 4 dah ke level 5 balik. Aiseyman... ni tak boleh jadi. Walaupun coach tersayang kata fizikal aku tak nampak pun berat aku naik, tapi.... harus diingatkan... bahawa... kau perlu diet Ieka... sikit je ari lagi... dan yakinlah kau boleh! yeay! Malaysia boleh.. go Ieka go!.... So, bermula esok.. Isnin (29/11/2010).. kau harus menghindari makanan-makanan yang tak baik! Mulakan rutin SALAD anda. Cuma 21 ari je Ieka, 21 hari jek..dulu blh.. takkan sekarang tak boleh. Kau nak cantikkan??? So, sila disiplin!

So, berbalik kepada topi kita kali ini iaitu wayang dan shopping. Semalam aku dan maksu wat Gurls day out. Sangatlah best sebab kami berdua-duaan pergi menonton dan menghabiskan duit kat The Curve (kau takde tempat lain ke nak pergi Ieka?)... Kami gerak dari umah dalam pukul 10.30 pagi sebab aku dah pun tempah tiket tuk movies cerita Ngangkung. Perghhh cerita tu lawak habis. Dan korang akan jmp Shahiezy Sam yang sangat2 lain dalam tu. Kira watak dia hidup la. Aku memang gelak tak henti kot tengok cerita tu. Best wooo!

Then lepas movies apa lagi.. Shopping time. 1st kedai kami masuk MNG. Pergh!! tangan aku gatal je nak angkut seluar Skinny kat situ. Harga pun murah, sale pulak lagi. Tapi, takpe.. tunggu aku kasi setel semua payment yang patut, baru aku enjoy nak Shopping! Shopping ngan soulmate la nanti. Kat MNG, maksu rembat 1 skinny pant waran blue black. cantik. Harga pun tak sampai RM 200. berbaloi r bei sebab maksu nak g dinner malam tu... Temanya, FUNKY & GLAMOUROUS. Lepas masuk MNG, kami merayap2 ke PADINI CONCEPT STORE. Kat situ lak maksu aku ni beli accessory kat Vincci. Dari ramtai sampailah ke gelang. Jalan-jalan lagi dan huhuhuuh..... Aku aja amik gambar. Tapi malangnya, tempat yang diorg decorate untuk krismas tu.. tak bukak lagi. so leh amik dari luar je dan hasilnya adalah seperti dibawah.. *kecewa*

Huhuu... Kau dah gemuk la Ieka

Hanya gambar diatas jek dapat aku upload, takpe.. t next post aku try upload gambar yang lain k. SO, banyak gak yang maksu beli tuk dinner tu. Aku lak juz bagi pendapat mana yang nampaka ok. hehehe walaupun aku taklah pandai sangat bab berfesyen ni, tapi aku rasa, barang yang aku cadangkan tu seswai. Heheheh (perasan).

So, misi aku sekarang adalh bekerja keras tuk turunkan berat badan aku ni. Dahsyat tul naik 2 Kg. mane leh jadi. So.. memandangkan naik 2 kg, aku plan nak trunkan lagi 5 Kg dalam masa 21 hari ni. Kali ni aku akan gunakan pendekatan diet masa aku join contest tu. So no more rice, no more junk food, no more heavy food. 
Gud Luck to my self!

Hey!Aku takkan skip meal aku sebab aku amik Herbalife, so... takkan berlapar. Untuk pengetahuan korang, walaupun aku amik skunk juz main2 jek, dan 2 bulan... berat badan aku main kat area-area tu je kalo naik. Naik pun between 1 ke 2 kg. Then bile aku control die turun balik. Aku punya berat tak naik medadak pun walaupun aku jarang-jarang amik herbalife sekarang. Memang produk ni bagus. Walaupun kita makan main2 dan tak disiplin, berat tetap turun. Cubalah kalau tak percaya!

Okaylah, aku mahu plan aktiviti hujung minggu depan. Aku mahu pastikan aku dapat masukkan Jogging dalam senarai aktiviti aku minggu depan. Selamat Maju Jaya untuk aku. Aku berharap kali ni.. tak akan main-main lagi. Owh! Nak kurus dan kacak cantik macam Fatin Liyana. Pewwwitt!!

P/S: nak beli kasut jogging Jumaat nanti!



Rambut dan Produk

Hi Peeps!

Tuk post kali ni aku nak story sikit la pasal rambut. Walaupun aku bukanlah orang yang seswai nak story pasal rambut, tapi aku nak share something ngan korang. Kiranya pengalaman aku la kan. Kalau korang nak tahu last aku ke salon sebelum aku potong and buat treatment rambut adalah 2 tahun lalu. Terukkan perangai? Seriously, rambut aku memang dalam keadaan BAD and BAD condition. selalu aku g salon aku yang diberi nama Le Tanja tu tuk wat Foot Massage jek hehehe... Nak Buat rambut musti time tak ada la... Duit kurang la. hehhehe... So, akibatnya..rambutku menjadi mangsa kecuaian ku.

Untuk pengetahuan korang sebelum ni aku pakai Syampu campur-campur. Sebab asal tengok Iklan syampu tu bagus jek, terus aku beli. Gila bodoh  pandai aku ni kan? So, disebabkan tukar-tukar syampu aku dapat masalah seperti dibawah:

1. Kelemumur
2. Rambut bercabang
3. Rambut kurang vitamin dan Nutrisi
4. Rambut rosak teruk! Kalah orang yang selalu warna rambut tau.
5. Rambut gugur banyak giler macam orang sakit barah

Nasiblah aku ada penasihat sendiri kat salon tu. Dia lah yang tolong buat treatment kasi rambut aku okay walaupun bukan 100% okay lagi.. tapi better than masa rambut aku teruk tu la, tapi 2 minggu sekali aku kena mengabdikan diri kat salon aku tu tuk wat treatment selam 2 bulan. huhuhuh (habislah duit mak senah pasni).
walau apa pun aku nak make sure rambut aku oakay balik pasni dan 3 bulan sekali akanaku g potong supaya hujung rambut sihat selalu. Well, rambutkan mahkota wanita.

Okay, berbalik pada produk yang aku pakai sebelum ni. Last produk aku beli ialah L'oreal. Produk ni memanglah tak seswai ngan aku. Memang rambut aku jadi lembut tapi.... Mak datuk selalu kusut dan semakin hari semakin banyak kelemumur. Aku cukuo risau sebabnya, berbau kot bila aku pakai tudung. Aku sendiri pun tak tahan bahu kulit berminyak. Amaklumlah, bila dah pakai tudung, rambut terperap, so.. udara tak masuk, bila bukak.. tu dia... bau haih! ada mcm mahu pengsan. *stupid me*

So, memandang aku lebih yakin dan percaya pada hairstylist aku si Ate kat Le Tanja tu.. Aku pun telah membeli syampu khas dr salon. Syampu ni memang hanya boleh dibeli disalon. So if korang nak try boleh bgtau aku ek. T aku leh dapatkan syampu tu. Tapi, seriously... harganya korang boleh dapatkan Syampu L'oreal 5 botol kot. Ye.. ye aku tau aku giler! Soulmate pun kata *baby giler*.. Harga Syampu (250ml) dan Conditioner (200ml) adalah RM 93.00... aku ulang RM 93.00 .. Itu belum lagi dengan serum rambut okay! Serum rambut aku adalh RM 40.00 sebotol dan isinya cuma 120ml jek! hahahah Total semua adalah RM 133.00. GILER!!! Bukan aku nak berlagak pakai Produk mahal. Nauzubillah jauh sekali niat begitu. Just nak sahre, kalau ada yang kata aku berlagak, terpulang tapi niat aku just nak share. Demi dapatkan rambut yang sihat aku sanggup kuarkan duit janji rambut aku sihat. Anyway, syampu ni blh guna sehingga 2 bulan sekali. Buihnya banyak, bau pun best!dan Syampu ni di perbuat daripada buah-buahan.

Inilah dia Syampu dan serum yang aku guna skunk 
Syampu Brand:  GoldWell, 
Seum Brand : VPI 
dan ianya adalah Exclusive for Salon.

Walaupun baru first time pakai, aku leh kata aku puas hati sbb, walaupun 2 hari aku tak syampu.. Bau masih kuat dan rambut still lembut dan tak kusut, Serum pulak aku guna hari-hari lepas bangun tidur, which is lepas mandi. Tak melekit dan tak berminyak, tapi rambut rasa best. Bukan aku puji sebab aku dh berabis banyak duit. Tapi this is true, Seswai ngan rambut aku Syampu ni. Aku pun teringin nak rambut cantik macam Hanis Zalikha, walaupun aku bertudung.  Rambut perempuan bertudung lagi kena jaga tau.

Rambut dia sexy dan menawan.
HANIS ZALIKHA 
(i pinjam pict u sebagai contoh ya!)

So, dipendekkan cerita, rambut aku skunk dah okay sikit dan aku pun dah potong layer dan buang mana yang dah rosak, dah wat hair treatment for 1st session, dan ada lagi 2 sesi untu pastikan rambut aku betul-betul sihat. So kita tungu la lagi sebulan apa akan jadi kat rambut aku. Kalau still macam tu gak, mungkin aku patut botakkan dan biar rambut baru tumbuh dengan elok. Tengoklah macamana nanti. Akan aku rujuk pada Ate nanti. Daa...

P/S: lupa bagitau, Le Tanja Salon & Spa terletak di Rahman Putra, Sungai Buloh. Banyak  Service, Dari Rambut, body massage, waxing, Foot massage,  dan banyak lagi. Pakej treatment tuk kawen pun ada. Murah okay. Serious tak tipu. Sangat affordable tuk orang yang tak berapa kaya mcm aku!

Update dan Buang

Morning Peeps!

Pepagi ni tetiba jek aku ada semangat nak menulisdengan jayanya. Semangat nak menulis dan update Blog ni membuak-buak lak. Actually banyak yang aku nak kongsi. Tapi.. biar aku mulakan dengan isu buang dan membuang. Hah! korang jangan pikir lain pulak ye.. Babap nanti.

Sebenarnya, aku duk belek-belek la blog aku ni. Nak kata best, memang tak la kan? Tapi aku tak kisah sbb blog aku ni cuma tempat aku release tension and tempat aku menjadi awek psiko bila aku tak puas hati atau gembira tak pasal-pasal untuk aku simpan sebagai memori. Almaklumlah, memory otak aku ni kureng sikit... (nyanyuk mcm nenek tua dah). So, nak di jadikan cerita aku pun go through la satu demi satu post yang aku dah buat. Dan..... akhirnya, aku telah mengambil keputusan... dengan menghapuskan post-post yang....tak best dan berunsur terlalu peribadi. (pasni cerita adalh berunsur diri sendiri dan keliling aku). Abis semua post yang ada en.Soulmate sebelum ni aku delete. Eh! bukan kami dah putus.... bukan.. cuma, aku tak nak exposed dia lagi.... hahahha... cian dia. Glamer tak pasal-pasal!... heheheheh... Sorry Heart!

So, bile dah aku buang apa yang patut, aku rasa lega. Jadi sekarang aku hanya akan bercerita tentang isu-isu yang aku suka dan buat dan segala-galanya hanya aku dan keliling aku. (bukan soulmate pun keliling aku?..). Takde unsur peribadi dan chenta sepenuh hati (Aku takut ngan diri aku ni.. sbb syg sgt kot kat dia.. kalo dia tinggal aku.. haishhh! confirm aku frust menonggeng!). Tapi nanti orang kata aku poyo! hahahah ada aku pedulik?? biarlah. mulut orangkan?? kalau nak tutup pun, sok2 terbukak gak. Jadi abaikan.

So, akan aku update blog ni dengan sumber2 yang lebih baik dari sekarang. Gambar pun perlu aku pastikan ianya hak milik blog ini. Titlenya akan aku kekalkan sebagai ~IekaZakaria: Blur Itu Cute~ (Aku tau aku cute.. wpun xde orang nak puji.. teeehhheeee).

Jadi nanti aku update lagi ye. Aku nak pergi cari bahan ilmiah jap. Nak tambah ilmu kat Otak aku yang dh bedal bebal ni. Daa...

27.11.10

cuba dan test

hallooo.. halloo.. halloo.. guys & girls....

Sudah breakfast ke? Aku belum lagi.. jap lagi kot. Sebenarnya aku nak share something la dengan korang. Itu pun kalo ada yang sudi membaca. hehehhe...Semalam, aku MC.. demam.. so aku cuma kerja dari umah.. uruskan tentang next training.. Well, aku kan Training Coordinator.. So, kije aku tgk date.. arrange ape yang patut.. buat material dan ada la kije lain sikit2... Ada sesetengah orang ingat training coordinator ni takde kije kalo takde training. Haaa.. had ni aku marah toi la... angpa tau dak, walaupun takdak training.. kija aku yang ada...tuuuuuuuuuuuuuuuu dia.. banyak aih... angpa ingat bos aku tak bagi ija ka?? simply say ja kan.. meh doq tempat aku.. baru ang tau.. Baru-baru ni aku dapat material baru untuk di *convert* menjadi slide... 3 material dan muka suratnya sebanyak 470.... training cuma lagi 2 minggu jek.... Gila x?? orang yang bagi aku tu yang gila!. hahahhaha 470 x 3 tak ke dekat 1k lebih?? macam ni aku confirm bukan setakat demam.... koma terus aku nanti. (ape daaa.... aku nak cerita benda lain... ok stop hal kije kat sini.)

Sebenarnya aku nak story pasal something yang aku test semlam. Memandangkan aku keluar ke klinik semalam, aku pun singgahla ke One Utama (bukan main jauh lagi kau merayapkan?) pastu... masuk Guardian (kedai Heaven tuk beli barangan peribadi) aku duk cari-cari barang. Mr. Soulmate lak cari apa ntah. So, tiba-tiba aku stuck depan rak Silky Girl, dalam hati nak beli make up (berangan lebih ni...) so.. nak dijadikan cerita.. Aku pun belek punya belek dengar la pulak opinion Nyonya Amoi Silky Girl tu story pasal product tu.. dan aku tak sedar aku amik semua yang Nyonya Amoi tu promote.. sampai Soulmate geleng kepala.. dan soalan dia pada aku,
Solumate: By nak watpe byk2 ni? t bukan by pakai pun. tak yah la.
Aku: By pakai. By nak cuba. Boleh kan? t ka umah by test la dulu.
soulmate: ikutlah.. dah g byr..
aku: Duit... hehehehhehehe
*Soulmate cubit aku.. sakit wooo*

So, seperti yang aku bgtau soulmate aku akan test dulu. Aku pun tonyoh la barang-barang aku beli tu.
dan hasilnya... aku pun xtau ok ke tak. hahahha kata soulmate ok la.. better than aku tak pakai make up.


Muka aku tak make up..
memang la macam... heheh

ni lepas make up.
mcm same jek.. hampeh!

so.. ape pendapat korang?? kena detailkan kat mane lagi ya?? tolong.. tolong! tq.

P/S: mana nak cari tutorial make up yang best?

26.11.10

Top 7 Worst Food to Eat

Hey boys & gurls...
How r u today?? Thanx for visit (heheh mcm ada... takpelah nak syiok sendiri). Oakay cut the crap!, actually i would like to share some good with all of u.. Info yang aku dpt ni munkin boleh membantu kita semua menjaga kesihatan bersam-sama. Korang pernah terfikir tak yang ada diantara makanan yang korang bedal tu, ada antaranya boleh memberi impak besar dlm kesihatan korang?? Well.... well... well.. pity us kan?? Aku pun tak pernah terfikir... aku main sumbat je apa aku suka.. janji perut kenyang aku senang hati.. huhu... betul la kan??

So, berbalik pada cerita makanan yang paling teruk untuk dimakan yang aku nak share arini adalah makanan-makanan yang memang jadi kegilaan ramai. Sape yang letak fav. food dia antara makanan kat bwh ni.. aku confirm, rasa nak sepak-sepak je orang yang jual benda tu (tunjukkan kearah diri sendiri). Yelah, kalau diorang tak kenalkan benda alah tu.. confrim kita tak teringin nak rasa, bile tak teringin nak rasa, confirm takkan belikan? bile tak beli.. confirm kita boleh bantu untuk selamatkan diri kita dr penyakit. Smart x?? heheh

Okaylah.. nak tahu apa makanannya? scroll bawah ok, wahai gadis2 cantik dan jejaka2 kacak.

1. French Fries: benda alah ni, mana-mana Fast Food musti ada jual. Jangan tipu la kan, aku tahu la.. sebab aku ni rajin jalan-jalan cari pasal makan. Aku kan "protogehnya" Maria Tengku Sabri (she's really superbb!!). so.. aku dah survey dah. Semua fast food ada benda ni. Menurut kajian yang dilakukan, kentang goreng atau french fries ni tak bagus sbb ianya dimasak dlm minyak yang banyak atau deep-fried (goreng dalam??)... Kolestrol. kolestrol.. tak baik tuk jantung.

2. Donuts: Ala.. kenapakah kau kategori ini?? Aku dh la suka ko. haishhh.... Donut ni boleh jadi makan yang sedap untuk di NGAP!, tapi kalori dalamnya adalah tinggi dan lemaknya juga membolehkan bdn naik dengan cepat.. seperti korang masak donut... kena masukkan tepung penaik. So, bila sumbat donut dalam mulut, telan, badan korang pun naik mcm donut jugak.. heheh..

3. Ice Cream: Sapa suka ais krem?? sy!! sy!! owh! sunday coklat kat McD memang la menggiurkan. Tapi, ais krem ni xleh makan selalu, sebab boleh menggemukkan dan juga boleh menyebabkan sakit diabetes. So.... hati-hati okay!

4. Fruit Smoothies: Asal ada perkataan FRUIT je.. kita ingat benda alah tu baik. Padahal.. bukan semuannya baikkan? heheheh... Fruit Smoothies ni.. memang syoik dimakan kalo time tgk wayang ke.. tgk tv ke... lepak study ke kan.. Well.. well.. well.. aku pun mangsa yg suka mkn bnd ni dulu. hehe...... dulu la kan.. sekarang tak ke?? asal g old town musti order! cheh!

Ha.... untuk makanan yang seterusnya akan aku bagitau pada next post.. Aku sure korang musti tak sabo punya, sbb korang pun nak jugak jaga kesihatan mcm aku kan?? huhuhu.... so... Stay tuned okay kawan2.... Gua nak selesaikan kije opis dulu. Sok weekend gua kasi pulun k.. daa...

24.11.10

Life is to live. Live Healthy Live Happy

Just wanted to share some tips, with all of u.. Actually,i got this tips from here. So, how to make sure that u will get a healthy live and will be happy always in live... Here u go guys & gurls.... u just need to scroll down and, u will get the tips u want......  okay!! Enjoy!


  • Go out in nature. You will feel energized and happy.
  • Do not worry for the future. Enjoy your present. Just do your best and let the rest of the things be taken care of by GOD.
  • Do the activities which you enjoy. Listen to the music, play Tennis etc.
  • Meditate daily to build your confidence.
  • Do regular exercise.
  • Love and be loved. Always be happy. People will feel attracted towards you.
  • Eat fruits daily like apple, banana, papaya etc. to regularize your metabolism.
  • Breakfast should be heavy. Lunch should be moderate. Dinner should be mild.
  • Drink sufficient water daily. Water is the most important thing of our life.
  • Early to bed and early to rise makes us healthy, wealthy and wise. Though present lifestyle hardly gives us time to have an 8-9 hours sleep, try to have at least 6 hours sleep.
The above tips are really great for a healthy life. Do not cut down on these tips. You will see amazing results if you follow the above tips for a healthy life.

Shopping

Hey All...
Korang suka Shopping On9 tak?? Kalo korang ni memang kaki shooping online.. cube tgk laman web ni


I tell u all.. macam-macam pun ada.. Dari sekecik-kecik baju sampailah ke accessori HP. Kira memang Heaven la kan.. huhuhuu.... Aku dapat laman Web ni dr Blogger yg popular tu cik Hanis Zalikha (nama lebih kurang ngan aku). Dia ni memang rajin Shopping On9. So aku tunjuk sikit lah view screen of JIPABAN ONLINE SHOPPING MALL tu ye

Tuk Accessori HP,
Khas tuk Blackberry & Apple

Tgk.. macam-macam baju ada
Murah-murah lak

 Untuk U all yang suka kumpul 
Gadget pelik2. kat JIPABAN ni pun ada jual
Murah-murah harganya.

Anyway, if korang nak tgk catalog yang penuh, korang kenalah sign up dulu. Pastu... hahh.. rambang mata tak tau nak pilih mana. Semua pun ok kot. Murah & up to date. So, if korang kaki Shopping, jangan ketinggalan tgk web tu.. confirm.. tak 1.. bermacam-macam benda korang nak beli. Membeli belah kat On9 lebih mudah, tapi selalu berhati-hati ya.. takot kena tipu lak. Selamat Shopping!

P/S: Quarantine selama 11 Bulan tak boleh shopping sbb nak simpan duit.

23.11.10

Adik

SPM dah datang. Wel.. well... bukan aku yang amik SPM, but my lil' sis yang amik. Bukanlah adik betul, but she's my cousin. Aku agak rapat ngan dia. Well, everything i sahred ngan dia. Dr hal Soulmate smp la hal kije ke.. shopping ke.. Kadang-kadang aku rajin gak g lepak umah dia Kat Ptjaya. Tidur situ bila weekend. Then, pergi tgk Midnite movie wif her's family. Mak lang and Pak lang memang Superbb!!!.. Aku tak segan nak cerita ngan they all about my Soulmate. Siap kenalkan Okay!. Kadang-kadang.. soulmate pun join gak datang umah mak lang and Pak lang. Okay cut the crappp!!... Aku nak cerita pasal adik sebenarnya.

Adik ni...... dia agak manja. Tapi dia tahu apa dia buat. Dia really nak jadi SUPERMODEL ok... Well, mana tak tumpahnya kuah kalo tak ke nasi kan... Her dad dah tentu2 pelakon. Of course la dia dah biasa ngan environment dunia seni ni. Eceh! ayat aku.. tak boleh blah. So, aritu ada opportunity tuk dia jadi MODEL, but then aku kasi tau dia kasi abis itu SPM dulu, then i'll bring u to my friend. I'll promise. Cuma.. adik adakah ibu bagi??? hahahhaha...

So, to adik.. Gud Luck Gurl!! i know u can do it. Buktikan anak artis pun blh score ok... as u promise to urself & family... Get a good result. make urself proud. Make ur parents proud. 1 kaki je lagi nak g UNI okay!!!....... Kita kasi tutp mulut-mulut mereka yang selalu pandang tak best kat kita and always ingat kita tak sebagus mereka. U know who im talking about kan darl??!!... So... u Go gurl!!

P/S: After SPM baru i bagi ur Bufday present okay! Surprise.. surprise! I'm sure u gonna love It.mmmuahx!

20.11.10

kekasey baru

Kamu si Hitam yang Sexy
Jadi kekasey sy pada 19112010
Hadiah dr soulmate.

Sy akan syg kamu dengan byk
Akan jaga kamu dengan baik
Hadiah terindah pemberian soulmate
Owh! si hitam

P/S: A big Thank You to Soulmate. 
Sy suka Surprise ni dan si hitam ni. 
Sy jatuh cinta lagi untuk kesekian kali.

14.11.10

mengemaskini


Hey all..
Aku sedang berusaha mengemaskini blog aku ni. Hurmmm.... nak kurangkan angan-angan dan story-story yang tak best. Nak remove mana yang tak syiok. Dan cuba perbaiki mutu dan nilai blog ni. Eceh... poyo kan?? heheh... nak pastikan aku dapat topik yang betul-betul menarik barulah aku update.

So, tunggu perubahan daripada aku ya... yehaaaa!

12.11.10

Macamana nak happy setiap hari?

Hey all.. have a nice day pees!! Have u  all already take ur breakfast? Jangan tak makan ok. Breakfast tu penting tau. Tak makan breakfast t sakit perut, then takde tenaga nak bekerja. At least, amik sekeping roti pun dah ok. Kalau yang jenis amk breakfast lak, jangan amik banyak-banyak sangat, t mengantuk pulak nak buat kerja kalau dah terlalu kenyang.

Ok, enough about breakfast.Let's move on wif our topic. Actually guys, i had a lil' secret nak share wif all my readers. (ada ke??... weeee~). Seriously, pernah tak korang terfikir sebenarnya apa yang kita buat hari-hari adalah kesinambungan daripada hari-hari yang semalam? So akan effect gak mud korang hari ini?? hehhe.. mesti selalukan?? So, macamana nak bagi korang lalui hari-hari yang baru tanpa rasa tak best yang semalam tu, takde lagi dalam hati. Secara tak langsungnya, korang boleh bekerja dan belajar dengan hati yang senang.



Tips yang aku nak share ni, adalah daripada pandangan aku sendiri. So kalau ada yang terkurang or tak kena, hope u all dapat bagi pendapat ye. ( im just want to share my point of view.. do not be too serious, it just my sharing is caring kan??). Ok, tutup iklan. Meh kita sama-sama review apa yang boleh bantu korang lalui hari-hari baru dengan mud yang BAIK PUNYA, walaupun kadang-kadang korang sedang melalui masa-masa sukar dengan orang-orang yang sukar. (Tunjuk jari kat sy sendiri).

Tips aku adalah seperti berikut:

1. Tinggalkan kenangan tak best semalam dengan memaafkan semua orang yang korang jumpa sebelum tidur.
2. Baca doa tidur sebelum tidur dan niat untuk mimpi yang indah-indah agar keesokkan harinya, mud korang akan baik dengan sendirinya.
3. Mandi dan anggap korang nak pergi bekerja seperti nak pergi dating dengan yang tercinta. Weeee... atau yang dah kawen tu, anggap macam korang nak pergi honeymoon ngan husband korang (yang had ni terpulang apa saja imaginasi yang membahagiakan korang)
4. Checklist (tak kisah la.. dalam otak ataupun ditulis atas kertas) tentang saki baki kije yang lum siap semalam.
5. Breakfast ( ini penting even kalo korang diet sekali pun : tunjuk diri sendiri lagi)
6. Siapkan saki baki kije yang mudah dulu dan kemudian baru yang senang sambil dengar muzik yang happy.
7. Mulakan segalanya dengan senyuman dan ucapan SELAMAT PAGI SEMUA. ^__^
8. Sekiranya korang perlu bertemu dengan orang-orang yang SUKAR, kuatkan semangat dan niat jangan hilangkan mood walaupun, dia buat korang rasa mcm nak bunuh orang.
9. Hargai hari korang. setiap saat perlu gunakan dengan baik.
10. Jangan spoiled kan mood korang walaupun ada sesetengah orang cuba menjadikan korang hilang mood dan rasa tak best langsung arini. Atasinya dengan berfikir sekejap dalam 5 minit, dan mulakan semula kije dengan senyuman. Confirm korang akan rasa lega.
11. Perkataan YES sematkan dalam diri. YES untuk kata AKU BOLEH!! walaupun korang rasa tak yakin, tapi bila ada motivation tuk diri kan sedikit sebanyak akan bantu korang.
12. Sebelum balik, review balik kije apa yang nak kena buat esok. Sekurang-kurangnya ini akan mmbantu korang tuk hadapi hari esok dengan lebih baik.

So, ini sahaja tips daripada aku. Aku bukan pakar motivasi. Dah aku katakan, tips ni hanya MY POINT OF VIEW je, mana yang terkurang maaf ya. Maybe korang boleh bagi pendapat, sama-sama kita boleh improvekan??so.. See ya later. Sekian.

P/S: hidup akan lebih senang kalau kita sentiasa bersyukur dan hari-hari belajar perbaiki diri.

1 hari 1 Blog Review


Korang nampak apekah yang ada diatas itu??? hehehe... mari ramai-ramai kita join 1 hari 1 blog review.
Nak tahu lebih lanjut x?? korang boleh melawat disini. So apa tunggu lagi, sertai sekarang dan jadilah Blogger yang tegar. Cabutan bertuah pun ada tau. Best woooo.

P/S: Thanks Kak Ruby.

11.11.10

Kuat

Hey all... kali ni aku nak membebel pasal KUAT. Haa.... jangan nak pikir bukan-bukan k... babap t. (weeee). Maksud KUAT untuk post ni adalah.. kuat dari segi mental. Hurmmm.. mcm yang semua sedia maklum, aku kan sejak akhir-akhir ni dibuli dan diperlekehkan oleh hamba Allah yang sangat jeles ngan Cik Senget ni. (hahah.. ngan bdk senget mcm aku pun ada org jealous.. ape daa... bukan dapat untung pun). Okay berbalik semula kat cerita aku pasal kuat. So, lately ni aku dah kumpulkan segala tenaga zahir dan batin untuk menghadap hamba Allah ni dan Alhamdulillah babe.... aku berjaya menjadi KUAT. aku dah tak peduli apa dia kata. Aku buat kije aku ikut CARA AKU. Maksud aku bukan langsung xde rujukan atau dalil... Aku masih ada ketua untuk rujukan. BUKAN KERTUA ok... hehehhe.... dan aku rasa lebih lega skunk. Die jangan senang-senang nak buli aku okay.
So, sebenarnya apa itu KUAT?? Kuat tu kalo tgk fizikalnya kenalah orang berbadan besar. Sasa. (dulu aku badan besar.. tapi tak kuat pun... kuat nangis adalah ... hehehhehe). Tapi kalo dari segi mentalnya, orang Kuat ni... orang yang hati batu. Tak lut kalo orang cakap apa pun. Kalo di rasa dia betul, mampos.. memang dia tak kan mengalah. Tak kan NANGIS sebab dia tahu dia betul (Aku dah belajar jadi mcm tu skunk.. wahahah). So, bagilah RAKSASA besar mana pun, kalo dia kata dia tak salah, memamng dia tak ganjak dari   keputusan tu. So, jom sama-sama kita jadi kuat. Baru orang tak buli. (tapi, kalo kuat sangat pun.. tak baik tuk kesihatan).
So, berbalik kepada cerita aku. Memandangkan aku dah kuat SIKIT. Aku pun apa lagi.... Aku buat semua ikut cara aku. Ha.... aku nak buat sijil aku siap bgtau hamba Allah tu... aku dah confirmkan nama tu ngan CUSTOMER. siap aku cc kat bos aku dan bos besar aku. Lantak pasni dia nak cakap apa pun... aku malas layan. Aku KUAT sudah.

Sekian.

P/S: dah kuat sekarang sbb selalu makan biskut tiger KUAT. good.

Kekasey Gelap


Dongak ke langit.
Balcky tak lupa diri.

P/S: dear najwa.. kau inspirasi tuk post ini.. heheh

10.11.10

Beza

Dulu

Sekarang

P/S: sila tengok peha saya dulu... sebelah peha = 2 peha kini. Sekian.

Ladies PLiz

Post kali ni aku nak bercerita tentang manusia bernama lelaki. Oooopppsss, lupe lak.. hey all! (Gara-gara tak sabo nk share cerita, lupe lak nak bg kata-kata pembuka.. hehehe ampu ya).

Okay, let's get back to my story. Sekarang nikan dah ada public transport yang sediakan khas untk perempuan. Kaler PINK ok. siap tulis "Coach Wanita Sepanjang Masa".. maksudnya tentulah "Di Khaskan Untuk PEREMPUAN sahaja Setiap Saat". Tapi aku pelik la... nape, KAUM LELAKI tak kira bangsa ni, tak fhm2 yang coach tu di khaskan tuk WANITA. Buta huruf mungkin atau memang buta??

So, persoalan sekarang... apa bezanya kalo coach yang diasingkan khas tuk perempuan pun masih blh lelaki masuk tanpa apa-apa tindakan??? bermaknanya, peratusan gangguan sexual still tinggilah walaupun dalam COACH KHAS WANITA.

P/S: hope pihak berkuasa leh pikirkan sesuatu biar Rakyat lebih prihatin. Tq.

9.11.10

Buang Masa

Blacky sakit
1 hari aku tak dapat buat kerja
entah nape ntah..
smlm sihat jek..

buat back up..
gila lama...
sakit jiwa dibuatnya..
rasa nakhempuk..
tapi apakan daya...
Blacky ni penting..
adeh la..

Blacky sila cepat sihat. Aku ada kije nak siapkan ni.

8.11.10

owh! Checklist

Minggu ni ada 4 jenis training. Semuanya ada requirement masing-masing.
hohoho...
i need to make a checklist to make sure that i've done and deliver all my task.

1. Attendance Sheet - Ok
2. Evaluation - Ok
3. Trainer - Ok
4. Place - Ok
5. Refreshment - Ok
6. Material - Ok
7. PC- Ok
8. Email invitation - Ok
9. Certificate -ok
10. Other request  (goodie bag, gula-gula, mineral etc.)- Ok

Semua pun dah ok. Cuma nak keluarkan cert jek. Berusaha!!

P/S: harap dapat deliver dengan baik. Amin.

owh! vacation

disember ni
nak pg oliday...
with MD's family.... lalalal
owh! yeah.. senangnya hati
cepat kumpul duit...
nak naik feri.... nak terjun laut...
owh! happy...




*soulmate tinggal kat kl... sy nak pergi berhibur bersuka ria*

7.11.10

Heart







Soalan: Kenapa byk sangat gambar budak ni?
Jawapan: Suka hati sayalah... nikan blog saya.
owh! heart

Thanx BFF!

Thanx to my beloved BFF, Ayu
( aku tahu kau baca ni.. dengan senyuman yang besar).
Thanx for be here when i need someone to talk to.. (mmmuuaahhhxxx syg kamu lebih!)
I feel much better now. I know that u will alwiz be here when i need a shoulder to cry on
 ( abis basah bahu dan telinga kau dengar aku nagis kat tepon).
Thanx for the advice too... Ill appreciate that. heheheh... i will try to improve it mcm yang kita discuss.
Walaupun mata aku bengkak, at least aku dapat senyum bila dapat luah kat kau.
U r the best Honey!! luv u even more now.

Kekasey perempuan sy
Kami memang suka mkn-mkn
-Place: The Garden, Curve-

P/S: Kalau baju ko kena hingus aku, mintak Uncle Sharul beli yang baru.. heheh thanx darling :)

Wishlist

owh! my wishlist









yehaaaa... i will make sure that all i list and wanted will be come true 1 day!

5.11.10

Owh! i thought

Hey all... its been so long i never wrote any post in english. Well my english kinda bad lately. Need more effort to brush up.. need more duster to clear the dust. okay, since me & soulmate have a huge problem between us. i already took 1 step to let my self free from any commitment. Well, u know it's kinda i am single but i am not available & interested in luv for now. heheh (poyo lebih).

But then, after a while i made my decision i felt so bad. I cant do anything. I thought i was ok without him. i thought i could face anything without him.. but the fact is i was wrong. I damnly need him. I need him to be here with me so that i have a strange to count any single possibility in my life. I need him to pampered me. I need him to listen to any version of my stories. I need him to be here so i can be more stronger. *silent* (kamu betul dah jadi separuh dr diri sy). Believe me, sgt teruk rasanya bila anda sudah biasa sebelum tidur ditemani ucapan selamat mlm dan kasih syg melalui cell phone daripada en.soulmate. Tiba-tiba mlm ni, takde. haishhhhhh....... I felt so damnly dead.

i thought i was stronger than u. i was wrong. i need u badly now!

P/S: en.soulmate mcm tau je yang sy takkan okay tanpa dia. So he already called me last nite dan kami discuss.
Result: WE WILL STICK TOGETHER til'the end. END.

4.11.10

NOV yang BiZi

Bulan baru banyak aktiviti
Ke tempat baru di Bangi
Kenalan baru, aman rasa
Task baru.. takde beza
Tapi aku gembira
sempat lagi update blog.
Pasti.







Arghhh!! Dia buat lagi..
Apa kena kau ni Sang Monyet.
Nyet..nyet..nyet..
lantaklah... Aku sedang gembira
Aku tak peduli dh dengan kau
sbb aku dalam NOV yang BiZi
Mud aku pastinya positif.
Sekian

3.11.10

Istimewanya Lelaki & Wanita Disisi Allah

Hye.. Aku dapat post ni dr Fb kawan aku.. Ya Allah Senangnya masuk syurga bagi yang Wanita.. Dan Istimewanya Lelaki Allah ciptakan..
So, Jom kita baca dan hayati dengan teliti.. dalami maksud-maksudnya..


AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA... 

LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 


BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

WANITA : 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan 
anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 
2. isterinya , 
3.anak perempuannya , dan 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 
2. ayahnya, 
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi 
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " 

Hikmah sujud - 

Sujud lega sistem pernafasan 

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 

- meringankan bahagian pelvis. 

- memberi dorongan supaya mudah tidur. 

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 

- mengurangkan kegemukan. 

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

Tujuh kalimat 

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa 

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan 

1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda. 

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim. 

AMIN. 

Surah Al-Munaafiquun : 
Ayat : 9 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. 
Ayat : 11 
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. 

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! 

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. 

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). 

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. 

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. 

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. 

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. 

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata. 

Salam Ukhuwah..~


P/S: Thanx to my fren from FB